MASALAH KESUMBATAN SALIRAN PARIT KG BAKAU BATU SAPI AKAN DIATASI......LINDA TSEN

Friday February 26 2016


GAMBAR KELIHATAN……..Linda (tengah) bersama pegawai beliau dan wakil penduduk kampung meninjau keadaan parit yang tersumbat di Kampung Bakau, Batu Sapi



 OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com


BATU SAPI:- Masalah kesumbatan parit di Kampung Bakau, Batu Sapi akan dapat diatasi apabila kerja-kerja menaik-taraf sistem perparitan tersebut yang kini sedang dilaksana siap nanti.

Ahli Parlimen kawasan Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin bersama pegawai beliau telah melawat kampung berkenaan untuk meninjau sendiri keadaan parit selepas menerima aduan dari penduduk disitu.

Masalah kesumbatan tersebut telah menyebabkan air bertakung dan berbau busuk serta menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Linda memberitahu bahawa beliau akan menggunakan peruntukan Ahli Parlimen beliau untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf sistem perparitan yang terjejas itu.

Pihak Majlis Perbandaran Sandakan serta Jabatan Kesihatan Sandakan dan penduduk-penduduk telah mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan kampung baru-baru ini.

Para penduduk dinasihati supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

Hadir bersama dalam lawatan ke Kampung Bakau ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.



No comments:

Post a Comment