MANGSA KEBAKARAN KG DISAYANG DAPAT BANTUAN DARI AJK PEMASSA

Gambar Menunjukan....Haslin (kiri) menyerahkan sumbangan pakaian terpakai kepada Haji Mansur sambil diperhatikan oleh James, AJK PEMASSA, wakil polis Sandakan, Amirbangsa serta mangsa kebakaran
OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN : Pelbagai pihak terus tampil membantu mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Disayang Lupak Meluas , Jalan Batu Sapi di sini.

Persatuan Media Sandakan, Sabah (PEMASSA) turut mengambil inisiatif membantu mereka yang terlibat dengan mengumpul pakaian terpakai untuk diberikan kepada mangsa yang terlibat.

Sumbangan berkenaan diterima daripada orang ramai yang prihatin sekitar daerah Sandakan, Tongod, Sukau, Kinabatangan dan beberapa tempat yang lain.

Ketika ditemui pemberita sejurus menyampaikan sumbangan orang ramai itu kepada mangsa di perkarangan PPR  Batu Sapi, Pengerusi PEMASSA, Haslin Gaffor, berkata, PEMASSA telah mengadakan pungutan pakaian terpakai daripada orang ramai selama seminggu dan menerima respon yang baik dari mereka.

"Kita kemudian mengagihkan pakaian ini kepada penduduk kampung yang terlibat bersama-sama Pengerusi JKKK Lupak Meluas dan Ketua Kampung, Kampung Disayang," katanya.

"Menerusi program inisiatif Ahli Jawatankuasa PEMASSA ini juga, kami cuba membantu, bagi mana-mana yang boleh dibantu," tambahnya dimana orang ramai telah datang dan menghantar sendiri sumbangan itu di pusat pengumpulannya di Restoran Seri Raisah di Bandar Prima dan kepada AJK terlibat.

Haslin juga merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak dan orang ramai yang prihatin serta memberi sumbangan pakaian kepada mangsa-mangsa kebakaran yang terlibat dikampung itu.

Beliau juga merakam penghargaan kepada pihak polis yang turut sama-sama memastikan kelancaran program berkenaan.

Sementara itu, beberapa wakil mangsa yang terlibat, mengucapkan terima kasih kepada PEMASSA dan semua pihak yang terus prihatin dan tampil memberi bantuan kepada mereka. Mereka juga berharap bantuan rumah bagi mereka dan keluarga diami berikutan rumah sedia ada telah musnah terbakar dan tidak lagi boleh didirikan semula.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pengerusi PEMASSA, James Leong,  Pengerusi JKKK Kampung Lupak Meluas, Haji Mansur Aukasa dan Ketua Kampung, Kampung Disayang, Lupak Meluas, Amirbangsa Noh.

No comments:

Post a Comment