MAHATHIR KELUAR UMNO SIAP BERSAMA PEMBANGKANG TUBUH GERAKAN UTAMA SINGKIR NAJIB-UMNO/BN

Tuesday March 01.2016

KARYA: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

INI kali siap UMNO/BN menempah maut ke jurang bahaya yang jelas tindakan kali ini sesuatu yang merupakan langkah terakhir dan UMNO akan terima balanya tersungkur di PRU14e atau lebih awal dari itu.

Mahathir meninggalkan UMNO/keluar dari UMNO hari ini dan sekaligus menubuhkan sebuah gerakan utama bersama parti pembangkang dalam Pakatan Harapan bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri yang banyak menyusahkan rakyat dan negara Malaysia.

Matlamat utama gerakan itu ialah untuk menyingkirkan Najib tetapi beliau tidak berhasrat menubuhkan sebuah parti politik baharu atau barangkali di PRU14 akan datang digunakan salah satu parti dalam PH.

Tujuan utama ialah untuk menyingkirkan Najib yang penuh dengan skandal dan yang jelas Najib mengheret Malaysia ke lokasi negara yang binasa dan ia menyatakan sebuah gerakan utama dicadang nanti dapat menunjukkan komitmen mereka dengan menandatangani deklarasi bersama.

Terdahulu, Dr Mahathir juga mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Amanah jua PKR di pejabatnya dan antara yang hadir ialah pemimpin Amanah, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa. Selain itu turut hadir ialah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan Tamrin Ghafar.

Ramai mengatakan kali ini UMNO akan menempah jalan susah di PRU14 disamping Najib akan terus menerima tekanan dari dunia luar yang tahu SKANDAL yang dilakukan oleh Najib di Malaysia amat melampau dan membusukkan nama Malaysia di mata dunia hingga Malaysia dikatakan negara paling korup.

Dalam pertemuan tadi ketika ia mengumumkan meninggalkan UMNO, Dr Mahathir juga mengesahkan menjadi penaung kepada kumpulan penentang Umno, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dalam usaha mendesak peletakan jawatannya.

Bersiap sedialah dan kesan pengumuman Mahathir ini jelas kepimpinan UMNO semakin sukar dan Najib semakin dalam keadaan yang tidak keruan jadinya kesan tekan dalam negeri, parti sendiri disamping dunia luar yang sudah melihat jauh ke dalam.

Kita akan melihat UMNO disemadikan dan kaki ampu bakal kepanasan untuk nanti menyelamatkan diri bila mana Najib atau BN tersungkur dan ketika itu kita akan melihat kabinet baru di sungai Buloh.


No comments:

Post a Comment