KETUA KAPITAN CINA LAWAT PEJABAT KETUA DAERAH

Sunday February 07.2016

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

GAMBAR KELIHATAN…….. Chin Thai Set (3 dari kanan) bersama rombongannya bergambar bersama OKK Haji Awang Damit (duduk)


SANDAKAN:  Anggota Gabungan Ketua Masyarakat Cina Sandakan yang diketuai oleh pengerusi Chin Thai Set telah mengadakan kunjungan kehormat kepada  Ketua Daerah Sandakan OKK Haji Awang Damit Haji Abdul Rahim.

Kunjungan kehormat diadakan selepas Chin mempengerusikan mesyuarat anggota Gabungan Ketua Masyarakat Cina Sandakan pertama untuk 2016 yang dihadiri oleh lima lagi Kapitan Cina yang lain.

Chin serta rombongan anggota Gabungan Ketua Masyarakat Cina Sandakan telah mengadakan perbincangan dan menukar pendapat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat Cina di Sandakan semasa kunjungan kehormat berkenaan.

Kunjungan kehormat tersebut diadakan di pejabat OKK Haji Awang Damit di Bangunan Urusetia Negeri , Batu 7 Jalan Labuk.

Chin dan semua Kapitan Cina di daerah ini turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di Sandakan.


No comments:

Post a Comment