KERAJAAN MALAYSIA PANDANG RINGAN KES PEMBUNUHAN BERNARD THIEN..DAKWA WONG

Monday February 29.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
 
SANDAKAN:- Kes pembunuhan Bernard  Thien kenapa kerajaan Malaysia terlalu memandang sepi dan kenapa tidak menyerahkan Waran Tangkap kepada kerajajan Filipina untuk berbuat demikian.

Pembunuhan  keatas Bernard Thien oleh pengganas  Filipina telah bebas begitu saja tanpa diambil sebarang tindakan undang-undang walaupun ia berlaku pembunuhan diluar Malaysia.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt amat kecewa dan ingin bertanya kenapa perkara ini boleh berlaku sepatutnya Kerajaan Malaysia  menggesa kepada kerajaan Filipina agar mengeluarkan Waran Tangkap  terhadap pembunuh itu  pada masa yang ditetapkan.

Apakah penjelasan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia terhadap keluarga mangsa (Bernard Thien) dalam hal ini sehingga tiada hukuman di jalankan terhadap penjenayah terbabit.

Wong selanjutnya  berkata bahawa kerja semudah ini pun tidak dapat dilaksanakan, Malaysia pasti akan menjadi jenaka antarabangsa lagi kerana membebaskan pembunuh warganegara Malaysia melalui kesilapan yang langsung tidak munasabah untuk berlaku.

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa perkara ini mesti menjalankan siasatan yang teliti siapakah yang harus bertanggungjawab untuk kesilapan ini dan diminta meminta maaf dari keluarga yang terlibat dan seluruh Malaysia. Kerajaan juga harus memohon maaf atas perkara ini telah menjejas imej dan maruah negara Malaysia, kerana kesilapan ini tidak harus berlaku.

Apa yang lebih membimbangkan adalah selepas penjenayah ini dibebaskan, sama ada dia akan melakukan penculikan di Sabah lagi? Oleh itu, beliau turut meminta  Kerajaan mengukuhkan pertahanan secara menyeluruh pada masa depan dan sekiranya ada kes yang melibatkan penjenayah tersebut, Kerajaan haruslah bertanggungjawab.


No comments:

Post a Comment