HJ HAMZAH HJ ABDULLAH DAN AMANAH PIMPINAN TERBAIK


Wednesday  February 10.2016

NUKILAN ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com


PAK Hamzah atau  Haji Hamzah  Hj Abdullah kalau tak silap dulunya dalam kepimpinan PAS Sabah tetapi kesan PAS ada masalah, maka beliau muncul sebagai pengerusi AMANAH Sabah.
AMANAH saya lihat ada peluang yang cerah banding PAS dulu sebab AMANAH jelas terbuka kepada semua bangsa banding dengan PAS sebelumnya dan itu sebab PAS Sabah agak susah sedikit.
PAS Sabah sehingga sekarang ini tidak pula saya dengar apa berita selanjutnya tetapi AMANAH jelas begitu aktif sekali dan Pak Hamzah Abdullah begitu memperlihatkan keaktipan yang cukup di luar jangka.
Pak Hamzah bergerak dari beberapa daerah ke lain daerah dan kekadang ada di Tawau, kekadang di Kudat dan kekadang di Batu Sapi dan memang sesuatu yang cukup berat ia lakukan seorang sendirian atau barangkali ada teman-temannya di belakang membantu.
Usaha yang dilakukan oleh Pak Hamzah cukup berkesan demi kesedaran anak bangsa kita di Sabah dan ini harus menjadi contoh buat yang lain yang hanya bergerak mengharapkan ada sumber kewangan dari pihak lain tetapi pak Hamzah bergerak sendiri dan berusaha sendiri yang kekadang bermacam terfikir kesulitan yang beliau hadapi.
Saya sebenarnya tidak teragak-agak menyokong insan politikus semacam ini yang bukan semata bercakap tetapi turun ke lapangan dan mendekati rakyat.
Selayaknya dirinya sendiri harus bertanding di salah satu kerusi ADUN atau MP di Sabah dan rakyat harus menyokongnya tanpa belah bagi dan saya yakin dia boleh bercakap di DUN atau parlimen nantinya untuk menyuarakan kehendak rakyat.
Meski saya sebenarnya tak begitu rapat atau barangkali tak pernah ketemu berdepan tetapi yang benar harus saya katakan benar kerana saya mahukan pemimpin yang diangkat nanti bukan jenis hanya menunggu arahan tetapi terus bergerak dan bergerak bukan mendiamkan diri dan mengharapkan atasan memilihnya menjadi calon election nanti.
Tahniah Pak Hamzah Abdullah


No comments:

Post a Comment