GOTONG ROYONG BERSIHKAN KAWASAN RUMAH ANJURAN UPPM GUM-GUM DAPAT SAMBUTAN


Selasa Februari 23.2016

GAMBAR KELIHATAN…….Kamal serta Rosly (duduk, tujuh dan lapan dari kiri) bersama peserta semasa program gotong royong perdana di Gum Gum kelmarin.


 OLEH: JOHN LEE SAU TING
www.sabahkini16.blogspot.com


GUM-GUM:-  Lebih 150 orang menyertai program Gotong Royong Perdana Kampung Gum Gum anjuran pejabat UPPM DUN Gum Gum bersama Jabatan Kesihatan Sandakan dan Majlis Perbandaran Sandakan kelmarin.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gum Gum telah diwakili oleh Pemimpin Pembangunan Masyakarat  DUN Gum Gum Kamal M Said dalam perasmian acara berkenaan.

Mereka yang menyertai program adalah dari ESSCOM, Badan JKKK Kampung Gum Gum, Kampung Seri Manis, Wanita serta Puteri UMNO Bahagian Libaran dan penduduk-penduduk kampung.  Peserta juga termasuk Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) DUN Gum Gum Rosly Aziz dan kakitangan UPPM Dun Gum Gum.

Menurut Kamal, kampung yang terlibat dalam gotong royong ialah Kampung Gum Gum, Kampung Seri Manis, Kampung Pengkalan Gum Gum dan PPR Taman Gum Gum Jaya.

Antara objektif program ialah meningkatkan kesedaran untuk menjaga kebersihan persekitaran demi kepentingan bersama dan mengeratkan silaturahim antara kalangan penduduk setempat bersama agensi-agensi terbabit. POSTED BY SABAHKINI

No comments:

Post a Comment