GARA-GARA MEMBAKAR RUMAH KG DISAYANG BATU SAPI SAUDIN MUSA DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 10 TAHUN

Wednesday February 17.2016

OLEH: AZMIE ZAMAN &
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider15.blogspot.com

PENJARA 10  TAHUN.....Gara-Gara Membakar Rumah Di Kampung Disayang.

SANDAKAN:- Seorang penghidu gam berusia 33 tahun yang membakar rumah di Kampung Disayang Jalan Batu Sapi baru-baru ini menyebabkan 200 rumah ranap dijilat api kelmarin Mahkamah Sesyen  telah jatuhi hukuman penjara selama 10 tahun.

Hakim Egusra Ali menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Saudin Musa, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat dengan api.
Mengikut fakta kes, Saudin menyerang rumah penduduk di Kampung Disayang, pada 9.30 malam 4 Februari lalu menggunakan pedang samurai.
Siasatan polis juga mendapati tertuduh mengamuk selepas mendakwa dibelasah beberapa lelaki tidak dikenali ketika menghidu gam pada 5.30 petang hari yang sama.
Bapa tertuduh juga membuat laporan polis mendakwa tertuduh pulang ke rumah dalam keadaan mengamuk sambil memegang pedang samurai, sebelum membakar biliknya menyebabkan rumah tertuduh dan hampir 200 rumah lain musnah.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faisal Mohd Noor meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengutamakan kepentingan awam dan latar belakang tertuduh yang pernah disabitkan kesalahan mencabul, pecah rumah dan penyalahgunaan dadah.

No comments:

Post a Comment