FILEM OLA BOLA TIDAK MENEPATI SEJARAH CERITA BOLA SEPAK TANAH AIR SEBENAR

Thursday February 18.2016

ULASAN LAILA ELOK
www.sabahinsider14.blogspot.com


TIADA siapa yang boleh mengubah fakta yang sebenar hanya semata-mata untuk mencatikan gaya jalan cerita.

Sebenarnya Malaysia telah mengecapi kejayaan bila mana pasukan Bola Sepak  Negara ini telah mengalahkan pasukan bola  Sepak Korea Selatan dalam perlawanan akhir bola sepak dan berjaya ke Olimpik 1980.

Namun Malaysia tidak ke Olimpil bersaama 67 pasukan yang lain disebabkan  Malaysia membantah serangan keatas Afghanistan lantaran telah membuat bantahan ke Moscow lantas menarik diri daripada menyertai kejohanan dunia tersebut.


Dalam pada itu memang mengecewakan  namun apa yang saya ingin katakan disini tentang menerbitan filem Ola Bola yang sekarang sedang hangat ditontoni oleh seluruh pelusuk tanah air  dalam kisah cerita dalam filem tersebut langsung tidak  menidakkan fakta sejarah perlawanan akhir tersebut.

Saya membawa anak-anak untuk menonton filem ini, sebab anak-anak perlu tahu sejarah Bola sepak Negara kita yang sangat berprestij ini. Namun saya kecewa bila disogok dengan ending yang tidak betul. 

Sepatutnya James Wong (Eric Teng ) adalah penjaring kepada kemenangan itu. Tapi dalam filem sebaliknya menidakkan fakta sejarah ini. 

Hantaran daripada Hassan Sani kepada James Wong yang telah mencatat kemenangan kepada Malaysia, Jaringan James Wong menjadi sejarah.


Mereka adalah orang Sabah yang hebat dalam dunia Bola Sepak.
Saya peminat sukan yang fanatik. 

Guru saya Allahyarham Datuk Haji Hasbullah Awang pernah berpesan " gunakan sejarah dan fakta sukan untuk menyatukan rakyat dan membuka minda generasi kita".


Dengan itu sama-sama kita fikirkan tentang filem Ola Bola tentang perjalanan hal kisah  bola sepak dinegara ini yang menjadikan sejarah.

No comments:

Post a Comment