BUNUH PEGAWAI BANK BSN TELUPID POLIS KINI BURU TIGA LELAKI WARGA ASING



Friday February 05. 2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
 
TELUPID:-  Tiga orang pemuda  dipercayai warga asing Filipina kini sedang diburu polis untuk membantu sisiatan berhubung dengan kes pembunuhan seorang Pegawai Bank Simpanan Nasional (BSN) Telupid. 
Ketiga-tiga pemuda  yang terlibat membunuh pegawai bank berkenaan  dikenali sebagai Ardi, Asdar dan Awin. 
Menurut sumber yang boleh dipercayai mereka ketiga-tiga orang itu bekerja di salah sebuah pusat hiburan Karaoke Telupid yang didakwa mereka sekumpulan telah menyerang pegawai BSN sehingga membunuhnya dengan kejam.

Insiden itu berlaku pada 04hb Februaru 2016 kini polis masih memburu mereka orang ramai yang telah mengetahui di mana keberadaan mereka sila maklumkan kepada balai-balai polis berhampiran. 
Mengikut undang-undang dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan mereka boleh di hukum gantung sampai mati.



No comments:

Post a Comment