BANYAK PERKARA PELIK TERJADI DI MALAYSIA ANGKARA KEPIMPINAN SONGSANG

MALAYSIAKU YANG ANEH
( belum termasuk arab tua sudah disemadi hidup kembali
menderma 2.6 bilion dan bisa bicara dengan menteri malaysia)

Sunday February 07.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com
 
SEJAK kebelakangan ini segala haiwan beruk, urang hutan, siamang, kera, ambok ketawa terbahak-bahak sebab manusia tidak lagi layak dipanggil manusia meski Allah kasih akal beda dengan haiwan.

Segala haiwan keluar ke jalan raya sambil membawa poster-poster  dan panji-panji mengatakan sebaiknya manusia jadi haiwan dan haiwan menjadi manusia sebab kelihatannya akal yang ada disia-siakan oleh manusia.

Memang aneh sebab sejak kebelakangan ini sudah banyak TUHAN di bumi. Tuhan Ayah pin yang perintah kerajaan langit. Juga ada yang guna teropong ajaib dengan dua biji kelapa mengatakan MH370 bersama orang bunian di angkasa, ada yang mati disemen dan dilontar ke parit semak samun tenggelam.

Memang aneh sangat dan ada juga yang tiada ijazah tiba-tiba ada doktor sekelip mata dan tak kurang ada itu dan ini sedang cara bercakap tidak setimpal dengan kelayakan dan itu jelas sijil beli di kaki lima.

Di sana sini banyak sangat akui diri sultan minta disembah-sembah  dan apakah mereka ini terdiri kalangan yang gila atau tak benar otaknya? memang aneh dan aneh itu menjadikan saya terperanjat.

Beruk-beruk  ketawa terbahak-bahak  hingga ada yang terkencing terberak melihat telatahnya manusia sekarang ini. Memang aneh. Benar-benar aneh.

Kesian, orang semacam ini yang barangkali takut kepunan mati tak sempat terima pingat title Datuk yang dianggap mulia. ah, ada yang dapat datuk tetapi perampok nombor satu dalam dunia.


Malaysia memang aneh dan mudah-mudahan kita ini bukan terdiri kalangan yang aneh-aneh itu.

No comments:

Post a Comment