AKIM AHMAD DAN STACY ANAM SELAMAT DI HIJAB KABUL .

Sunday February  07. 2016

OLEH: THOMAS  SINGGIUK


KOTA KINABALU:-  Majlis  pernikahan antara  pasangan pengantin, Akim Ahmad, 25, dan Stacy, 26, berlangsung meriah dengan tema biru di Hotel Shangri La Tanjung Aru, di sini, malam 4hb Februari ini. . 

Sejurus  selepas  disambut dengan bacaan selawat, pasangan bintang Akademi Fantasia (AF) itu diraikan dengan persembahan pembukaan oleh teman rapat Akim Iaitu Hazama yang mendendangkan lagu Sampai Mati. 

Stacy atau nama penuhnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam anggun menggayakan busana biru diraja rekaan Raffiey Nasir. Akim pula tampak segak dengan persalinan yang direka khas oleh Taufik Nong. 

Rakan artis seperti Hafiz Suip, Marsha, Faizul Sany, Velvet, Rich Estranged dan ramai lagi turut hadir bagi meraikan pasangan merpati dua sejoli itu. Akim dan Stacy dinikahkan pada jam 10.15 pagi tadi. | 


Bebarapa  wartawan termasuk media portal The Sabah Insider.net yang  turut membuat coverage  persandingan Akim dan  Stacy ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai semoga bahagia ke anak cucu.

No comments:

Post a Comment