WAJAR PEMILIK TANAH NCR DAPAT PEMBELAAN DI MAHKAMAH BILA TERTUBUHNYA TRIBUNAL NCR


 Tuesday January 26.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com



SUDAH sewajarnya  Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang diketuai oleh Hakim Tan Sri Richar Melanjum menubuhkan Tribunal bagi mengendalikan kes-kes tanah-tanah adat (NCR) yang pemiliknya sering menjadi mangsa keadaan.

Cadangan Melanjum itu  adalah merupakan usaha murni untuk membantu mengendalikan kes-kes tanah NCR yang kerap kali menjadi sasaran kepada para pemilik tanah-tanah Pribumi  adat itu sehingga kehari ini mereka tidak mempunyai surat-surat hitam putih apa lagi geran jauh selaki.

Dalam satu kenyataan beliau berkata mahkamah di Sabah dan Sarawak kini dibebani banyak kes tanah NCR yang memerlukan banyak masa untuk diselesaikan.

"Ia suatu proses yang merenyahkan serta melibatkan banyak saksi serta jurubahasa kerana masalah dialek," kata beliau, sambil menjelaskan bahawa Sabah sahaja mempunyai lebih 45 dialek yang dapat dikenal pasti, manakala Sarawak mempunyai lebih banyak lagi.

Berucap merasmikan Tahun Undang-undang Sabah dan Sarawak 2016 di Kompleks Mahkamah Sibu di sini Jumaat, Malanjum berkata anggota tribunal yang dicadangkan itu perlulah turut terdiri daripada mereka yang berpengetahuan mengenai tuntutan tanah pribumi.

Sebagai opsyen kepada penubuhan tiribunal itu ialah penyusunan semula Mahkamah Bumiputera/Pribumi, dengan para hakimnya terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam mengendalikan tuntutan dan pertikaian mengenai tanah pribumi.

Dua puluh kes baharu didaftarkan di Sarawak tahun lepas, dengan Sibu dan Kuching mencatat jumlah terbanyak iaitu masing-masing tujuh kes, manakala Miri dan Bintulu masing-masing tiga kes.

Sebanyak 20 kes diselesaikan tahun lepas dan 28 lagi masih tertangguh.

Di Sabah pula, 10 kes baharu didaftarkan tahun lepas, manakala lima kes masih tertangguh.

Malanjum berkata kes tanah NCR bukan sahaja melibatkan isu undang-undang, tetapi juga unsur budaya dan tradisi atau dimensi yang memerlukan seseorang itu merupakan sejarawan, ahli antropologi, pewasitah dan kadangkala, ahli politik separuh masa untuk mengendalikannya.

"Jika dua unsur terakhir itu diabaikan, maka pribumi tidak akan gembira dan mungkin mengadakan upacara 'Miring' di premis mahkamah serta tidak akan menerima sebarang keputusan mahkamah, walaupun ia mungkin mematuhi undang-undang sepenuhnya," kata beliau.

Malunjun berkata Mahkamah Pribumi boleh diberi kedudukan yang sama seperti Mahkamah Syariah dan diletakkan di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Apapun cadangan hendak menubuhkan Tribunal Tanah Adat (NCR) semoga  akan menjadi reality kerana dengan tertubuhnya badan tribunal itu mahkamah akan dapat membantu menyelesaikan tanah-tanah adat (NCR) di Sabah yang dikatakan sering menjadi rebutan dan mudah diceroboh oleh orang-orang luar terutamanya golongan kelongmerad (tyccon) dari Semenenjung yang kebanyakan membolot tanah-tanah NCR seperti yang kerap berlaku di Kudat Kuamut Sugut dan Ranau.

Oleh kerana tiada pembelaan daripada Hakim-Hakim berkenaan maka mereka  dengan sewenang-wenangnya dapat memilik tanah-tanah adat itu sehingga mereka membuka ladang-ladang sawit berpuluh-puluh hektar yang di dalangi oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana dapat sogokan duit berpuluh-puluh ribu akhirnya anak jati Sabah sendiri yang menderita tidak mempunyai tanah.




Bottom of Form

No comments:

Post a Comment