TIADA LAGI AIR TERJUN DI DAERAH SANDAKAN SEMUNYA PUPUS


Friday January 15.2016

CORETAN  dari MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot .com

AIR TERJUN.... Di Kawasan Telupid

BERBICARA tentang  kisah kewujudan    Air Terjun di daerah Sandakan pada sekitar tahun 1960 qan hingga hujung tahun 1980 an  masih lagi banyak di beberapa kawasan.

Saya ringkasan saja cerita tentang Air Terjun  yang ada di daerah Sandakan, Pasir Putih, Kampung Gelam Jalan Sim-Sim bersebalahan Barek Merin Polis, Sunny Estete, Trig Hill, Batu 2.05 Jalan Utara, Batu 4  Sibuga (Man Woo Loong) dan Sepiluk.

Tempat – tempat yang disebutkan ini adalah merupakan tempat orang ramai bermandi manda dimusim-musim hujung minggu, walau tempat tersebut tidak dihias secantik indah mana tetapi cukup  sekadar tempat menyejukan suhu badan.

Apabila pembangunan mulai pesat setelah kerajaan BERJAYA memerintah dan disebabkan kerakusan pembangunan perumahan di dirikan di sana sini bah kata tumbuh macam cendawan satu demi satu Air Terjun mulai pupus hingga tahun 2000 tiada lagi wujud Air Terjun kalau adapun cuma tinggal di kawasan Taman Peranginan Sepiluk dan Trig Hill itu  saja yang kini  masih kekal kalau itupun kalau masih ada lagi.

Tetapi kita bangga sungai yang berbatu-batu seperti di Sugut, Telupid Kampung Kiabau Kg Gambaron, Kuamut Sungai dekat Kampung Intelibon Sungai Kampung Malagatan pokoknya sungai-sungai di sekitar Telupid sehingga ke Kampung Nunuk Ragan Kg Maliau, Kg Nalapak  dan sekitarnya masih lagi wujud.


Khazanah anugerah Tuhan  yang indah pada dahulunya musnah dengan sekelip mata  begitu juga satupun tiada tertinggal buat kenang-kenangan  kepada generasi baru.



No comments:

Post a Comment