SUMBANGAN PENULISAN ORANG RAMAI UNTUK SABAH INSIDER DIALU-ALUKAN....JUN ABDULLAH


Sunday  January 31 .2016

OLEH: THOMAS SUNGGIUK


KOTA KINABALU:- Pihak Portal The Sabah Insider.net mengalu-alukan kepada para penulis tanah  air di Negara ini khusus di Sabah supaya dapat menyumbang karya-karya mereka bentuk kritikan hal-hak semasa.

Pihak kami akan siarkan sekiranya tulisan itu bentuk kritikan khusus tulisan mengenai situasi  hal ehwal semasa tentang permasalahan masyarakat sekeliling.

Bercakap kepada Wartawan portal The Sabah Insider.net hari ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Insider.net Jun Pacifico Abdullah (gambar) berkata kami  memang amat mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk disiarkan diportal ini.


Katanya memandangkan kini banyak isu-isu panas terutama hal-hal kelemahan urusan pentadbiran kerajaan yang perlu pendedahan kepada umum apapun mereka boleh menggunakan  nama samaran dan nama sebenar kami akan rahsiakan.

Jun menambah kata sekarang ramai rakyat di Negara ini terutamanya rakyat Sabah berminat melayari laman sesawang portal online The Sabah Insider mengikut reading  view pages  portal ini kini telah mencecah 88,379 setakat ini.

The Sabah Insider baru berusia hampir 2 tahun semakin hari semakin mendapat respond di kalangan peminat portal online khususnya The Sabah Insider yang banyak menyiarkan bahan-bahan isu sensasi dan panas sebagai wadah masyarakat Sabah tempat meluahkan perasaan yang terpendam.


Kata Jun lagi The Sabah Insider.net berkonsepkan tidak berat sebelah (bias) dalam menyiarkan berita-berita semasa dan juga artikel-artikel  sama ada datangnya dari pihak pro kerajaan mahupun pihak pembangkang asalkan berita itu bersesuaian selera pembaca dan bersesuaian dengan konsep asal the sabah insider iaitu slogan Membongkar Kemungkaran-Pertahankan Kebenaran diutamakan.











No comments:

Post a Comment