PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN DI SARAN TUBUH PASUKAN BOMBA KOMUNITI

Sunday January 31.2016


Leong GAMBAR KELIHATAN…..Anddre menerima kunjungan kehormat  dari Kapitan James 

OLEH:  SALINA ABDUL GHAFAR
www.sabahinsider14.blogspot.com



SANDAKAN: Penduduk taman perumahan di kawasan Elopura disaran menubuhkan pasukan Bomba Komuniti (PBK) untuk memperluaskan kesedaran mereka akan kepentingan pencegahan kebakaran dan tindakan awal semasa kecemasan.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) zon Sandakan Anddre Andrew kepada Kapitan kawasan Elopura  James Leong semasa menerima kunjungan kehormat dari  James di JBPM zon Sandakan kelmarin.

Program Bomba Komuniti bertujuan untuk memperluaskan kesedaran awam akan kepentingan pencegahan kebakaran dan tindakan awal sekiranya berada didalam kecemasan, kata Anddre.

Setakat ini tujuh PBK telah ditubuhkan di Sandakan. Setiap pasukan mempunyai  10 ahli dan pihak Bomba akan tetapkan satu masa untuk memberi ceramah kepada mereka selepas penubuhan PBK tersebut,” tambah Anddre.

Menurut Anddre, pihaknya mensasarkan 10 PBK untuk Sandakan dan mengalu-alukan penyertaan penduduk  taman perumahan termasuk masyarakat Cina di kawasan Elopura dalam program berkenaan.

Penduduk taman perumahan di kawasan Elopura boleh menghubungi Anddre untuk pertanyaan berhubung penubuhan Pasukan Bomba Komuniti di talian 089 21 4444, kata James.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Nordin Pauzi semasa pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran Peringkat JBPM Sabah sempena sambutan Tahun Baru Cina 2016 di Sandakan baru-baru ini, telah memberitahu bahawa JBPM Sabah menyasarkan untuk menubuhkan 200 PBK di Sabah.

Sementara itu, Anddre serta James  turut menasihati masyarakat di Sandakan supaya meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran sepanjang musim Tahun Baru Cina.





No comments:

Post a Comment