Nasrudin Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap KM Pulau Pinang Kerana Tak Mampu Bayar Saman Malu RM2.juta

Tuesday January 19.2016

OLEH: KAMARDUN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

TAK MAMPU.....Bayar Saman Malu RM2 juta keatas tuduhan fitnah terhadap Lim

PULAU PINANG:-  Kes saman K

etua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berhubung fitnah mengenai projek pembinaan terowong dasar laut selesai hari ini selepas Nasrudin menarik balik kenyataannya terhadap Lim.

Pesuruhjaya Kehakiman Lim Chong Fong merekodkan penyelesaian kes tersebut dan membatalkan writ saman itu selepas Lim selaku plaintif dan defendan (Nasrudin) bersetuju untuk tidak memanjangkan isu tersebut.

Nasrudin yang juga Anggota Parlimen Temerloh ketika membacakan kenyataan dalam mahkamah berkata, "Setelah meneliti dokumen yang dikemukakan oleh mahkamah, saya berasa kesal kerana sebahagian artikel yang ditulis telah menyebabkan salah faham terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang".

Nasrudin berkata oleh kerana kedua-dua pihak telah bersetuju untuk tidak memanjangkan isu tersebut, beliau akan menarik balik artikel dalam laman facebook miliknya pada 6 Ogos 2014 kerana mendapati ia tidak mempunyai asas ke atas Lim.

Mahkamah turut memerintahkan Nasrudin membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Lim.

Kes itu sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan hari ini.

Pada 1 Okt 2014, Lim menfailkan saman terhadap Nasrudin dengan mendakwa defendan telah secara salah, sengaja dan berniat jahat menulis dan memuatnaik dalam laman facebook.com/ustaztantawi satu artikel bertajuk "Apa beza Kidex dan Penang Tunnel?" bertarikh 6 Ogos 2014.

Dalam pernyataan tuntutannya, Lim mendakwa artikel itu mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah, palsu dan berniat jahat terhadapnya.

Lim mendakwa kenyataan-kenyataan fitnah dan palsu dalam artikel tersebut antaranya ialah "Sedang negeri Pulau Pinang bakal membina Penang Tunnel yang bernilai RM4.63 bilion sepanjang 6.5 kilometer dan lebih malang projek yang dibiayai sendiri oleh kerajaan negeri Pulau Pinang ini dianugerahkan kepada Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus".

Oleh itu Lim mendakwa kenyatan-kenyataan Nasrudin menggambarkan beliau seorang Ketua Menteri yang gagal memelihara dan/atau melindungi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang dalam membina infrastruktur pengangkutan negeri.

Sebaliknya memberi tanggapan negatif serta menimbulkan syak wasangka apabila beliau melulus dan menyebabkan projek itu dianugerahkan kepada syarikat tersebut tanpa menepati kehendak prosedur yang betul, kata Lim.

Oleh itu, Lim menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Lim diwakili peguam Datuk N. Mureli manakala Nasrudin diwakili pegaum Wan Rohimi Wan Daud.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai kononnya Ketua Penerangan PAS itu bakal tidak mampu membayar tuntutan saman malu oleh Lim keatas Nasrudin yang dianggarkan RM2 juta.


"Tuduhan terhadap Lim Guan Eng itu semuanya didalangi oleh para pemimpin UMNO Pulau Pinang yang menjajikan sekiranya Ketua Menteri itu bertindakan buat tuntutan saman malu keatas Nasruddin Hassan maka segala perongkosan akan dibiayai dan ditanggung oleh UMNO Pulau Pinang" Kata sumber itu lagi.


Sekali mendengar Lim akan buat tuntutan saman malu keatas Nasrudin sebanyak RM2 juta UMNO suruh tarik balik keatas fitnah Lim kerana tuntutan itu terlalu banyak UMNO Pulau Pinang tidak berkemampuan ini benar-benar mengecewakan PAS Pulau Pinang satu pembohongan UMNO.





No comments:

Post a Comment