NASRUDIDN HASSAN FITNAH LIM GUAN ENG AKAN TERIMA PADAHNYA

Tuesday January 19.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

TAK MAMPU BAYAR......Saman Malu kat Lim Guan Eng

KES  saman fitnah YAB Lim Guan Eng vs YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi.

la bukan tentang DAP vs PAS. la bukan tentang Kafir vs Islam. Ia bukan tentang Cina vs Melayu. la tentang integriti, kredibiliti dan sifat bertanggung jawab ketika berpolitik. Untuk parti apa pun, untuk agama apa pun, untuk bangsa apa pun ketelusan mengeluarkan fakta amat penting.

Soalnya sekarang, sudah terbukti terang-terangan Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Tantawi telah memfitnah Lim Guan Eng. Apakah Islam menghalalkan fitnah walaupun yang memfitnah itu ialah seorang ustaz Pas keatas bukan Islam?

Penyokong Pas masih berdolak dalih mempertahankan pemimpin mereka yang sudah terang memfitnah meskipun telah terbukti di Mahkamah bahawa beliau telah melakukan tuduhan fitnah.

Kembalilah kepada Islam yang syumul. Saidina Ali sendiri pernah akur kepada keputusan mahkamah di dalam kes baju besinya (baju perang) di curi oleh seorang Yahudi.

 Meskipun di pihak yang benar, beliau menyedari bahawa keputusan perbicaraan tidak menyebelahi di pihak beliau. Maka beliau akur

Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam kerana kagum dengan keadilan Islam yang membicarakan kes tersebut melalui proses undang-undang dengan setelus-telusnya. Begitu juga dengan Saidina Ali yang berlapang dada menerima keputusan tersebut

Keadaan ini tentulah berbeza apabila pihak Lim Guan Eng berjaya membuktikan di Mahkamah bahawa proses tender yang terbuka tentang projek terowong bawah tanah telah di laksanakan oleh pihak kerajaan negeri Pulau Pinang.

Apa yang nak di nafikan lagi jika anda telah terbukti bersalah? Sikap yang sebeginilah menjadikan rakyat semakin sempit meragui ketelusan Pas di dalam berbicara/berceramah/mengeluarkan kenyataan.

Berhentilah melakukan kenyataan yang tidak benar. Tiada untungnya dari segi 'politikal millage' untuk parti politik memburukkan lawan dengan memfitnah meskipun lawan kamu itu bukan Islam.

ULASAN EDITOR

PAS kini semakin hilang sokongan daripada kaum Islam sendiri jika hasrat dan niatnya hendak bergabung membentuk kerajaan campuran dengan UMNO pada PRU14 akan datang.

PAS-UMNO sama-sama akan hilang sokongan  pendirian orang-orang Melayu 78 peratus masih memberikan padu terhadap PAS dan UMNO.

Akan tetapi masyarakat Cina-India seperti MIC- MCA dan Gerakan  kemuningan  atau jadi kenyataan ahli-ahli mereka  tetap mengundi pembangkang kerana mereka anti PAS-UMNO.

Begitu juga rakyat di Sabah dan Sarawak seperti suka kaum Kadazan-Dusun-Murut-Iban-Bidayu-Penan Melanau dan Dayak mereka akan tetap mengundi pembangkang suku-suku seperti yang saya sebutkan ini mereka benar-benar anti UMNO-PAS.

Jadi kesimpulannya apabila PAS-UMNO bergabung untuk menubuhkan kerajaan campuran ini memberi peluang kehancuran  kedua-dua parti itu.

Memang bagus dan tepat UMNO-PAS bekerjasama ini system yang dinanti-nantikan oleh parti pembangkang kita lihat nanti sokongan padu rakyat terhadap PAS-UMNO

Kelmarin dikhabarkan Ketua Penerangan PAS itu telah menarik balik tuduhan fitnah terhadap Lim Guan Eng  beliau terpaksa membayar kos Mahkamah sebanyak RM10,000.

Itulah jangan ikut sedap mulut suka memfitnah orang tanpa asal usul periksa dahulu bukan kah padahnya kalau orang bertindak balas akan buat tuntutan sama malu.


No comments:

Post a Comment