KETUA BAHAGIAN PBS AGIH-AGIHKAN SUMBANGAN PERALATAN DAPUR DAN MESIN RUMPUT KEPADA AJK BAHAGIAN

Sunday January 10.2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


TERIMA KASIH Saleena menerima Periuk Nasi yang disampaikan sendiri Chien.

SANDAKAN:- Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tanjung Papat telah menerima  sumbangan berupa peralatan dapur dan mesin rumput.

Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Ketua Bahagian PBS Tg Papat Puan Shirley Chien dalam satu majlis penyampaian baru-baru ini yang diadakan dikediamannya.

Kata Chien tujuan memberikan sumbangan peralatan dapur dan mesin rumput  adalah sebagai membalas budi dan jasa baik AJK PBS Bahagian itu yang banyak memberikan kerjasama serta komitmen yang jitu dalam memantapkan perjuangan bahagian itu.


Sementara kata Ketua Wanita Bahagian PBS Tanjung Papat Saleena Titi usaha murni Ketua Bahagian PBS Tg Papat Shirle Chien seharunya dihargai kerana Chien seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

“Kami selaku AJK Bahagian PBS Tanjung Papat akan setia terhadap pucuk pimpinan Chien kearah memantapkan perjuangan PBS di arena  persada politik tanah air” kata Saleena




No comments:

Post a Comment