JKR GAGAL SELESAIKAN MASALAH PEMBENTUNGAN TERSUMBAT.....DAKWA WONG

Sunday January 10.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www. Sabahinsider14.blogspot.com


SANDAKAN:- Untuk mengetahui lebih lanjut tentang prosedur permohonan  untuk peruntukan  bagi penyelenggaraan  untuk mengatasi segala permasalan dan kegagalan system pembentungan yang disebabkan sukar bagi mendapatkan peruntukan khusus untuk  menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaik pulih yang berkenaan.

Pada masa terdekat ini Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt akan melawat ke Pejabat Jabatan Kerja Raya untuk mengetahui perkara dan keadaan yang sebenarnya apa yang telah dimaksudkan itu.
 


Dalam pada itu Stephen Wong yang dimaklumkan bahawa terdapat 36 sistem pembetungan di Sandakan dan beberapa kawasan sudah menghadapi masalah kesumbatan dan perlukan menjalankan kerja penyelengaraan. Kawasan yang berkaitan adalah Sim-Sim Flat, Taman Fajar (Batu 7), Taman Sibuga, Bandar Indah Jaya dan kawasan Pantai Pasir Putih. Namun begitu, peruntukan untuk kerja-kerja penyelengaraan tidak ada disediakan dan juga terdapat kontraktor belum menerima bayaran untuk kerja penyelengaraan sejak bulan Jun tahun lepas.

Selain itu, beliau juga dibagitahu bahawa mulai 1hb Januari tahun ini, masalah pembetungan di Sandakan akan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya dan bukan lagi MPS yng menangani isu tersebut.

Oleh sebab itu, beliau telah melawat ke Jabatan Kerja Raya Sandakan untuk bertemu dengan Ketua Bahagian Pembetungan, Puan Lainie untuk pertukaran pandangan dan mengetahui selanjutnya mengenai masalah pembetungan di Sandakan.

YB Stephen Wong juga berharap orang ramai memberi kerjasama supaya tidak membuangkan sampah dan bahan-bahan yang tidak akan membubar ke dalam tandas dan sistem kumbahan, supaya tidak menambah teruk lagi penyumbatan sistem pembetungan.

No comments:

Post a Comment