JEFFRY DILANTIK PRESIDEN PESAKA 2016

Sunday January 24. 2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


TAWAU:-  Semua perwakilan rumah perguruan dari  23 buah pertubuhan  seni silat pertahanan diri  seluruh Sabah sebulat suara bersetuju melantik  Datuk Dr Mohd Jeffry Rosman sebagai Presiden Pertubuhan Silat Kebangsaan Negeri Sabah (PESAKA)  bagi tempoh 2016.

Keputusan itu dibuat melalui Mesyuarat Agung  Khas PESAKA  yang di hadiri semua perwakilan rumah Perguruan gabungan PESAKA kelmarin..

Kata Jeffry lagi sebagai Presiden PESAKA bukan mudah ini tanggungjawab berat  yang saya bakal pikul kalau  keseorangan saya memang tidak mampu untuk memikul tanggungjawab ini tetapi perlu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ahli-ahli Majlis Tertinggi PESAKA dan ahli-ahli Jawatankusa di peringkat  bahagian.

“Sebagai Presiden khususnya bagi menerajui kepimpinan PESAKA dalam tempoh 12 bulan saya akan jalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk mentadbir dan memlestarikan perjuangan seni silat pertahanan diri ke peringkat akar umbi agar masyarakat  lebih tertarik dan minat untuk menjadi ahli PESAKA bagi mengikuti dan mendalami ilmu persilatan.” Kata Jeffry dalam satu sidang media kelmarin.

Terdahulu Jeffry mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua perwakilan PESAKA kerana sudi dan memberikan kepercayaan penuh terhadap beliau untuk menerajui kepimpinan PESAKA bagi tempoh 12 bulan.



No comments:

Post a Comment