ADUN KARAMUNTING TURUN PADANG BERGOTONG ROYONG BERSIHKAN KAWASAN KG KARAMUNTING LAMA


Saturday January 16.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14,blogspot.com




KARAMUNTING:-  Program Gotong Royong khususnya bagi membersihkan kawasan sekeliling rumah adalah amalan yang baik ini bukan saja boleh menjamin kehidupan kesejahteraan orang ramai yang boleh dijangkiti wabak demam denggi berdarah akibat gigitan nyamuk Aedes bahkan sekaligus   boleh menjalinkan sitarulrahim antara pemimpin dan penduduk setempat.

Program Gotong Royong anjuran Pejabat ADUN Karamunting yang diketuai sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting Charles O Pang  pagi tadi di Karamungting Lama adalah sebagai penyahut seruan kerajaan khususnya pihak Jabatan Kesihatan  Sandakan di mana sekarang ini ada beberapa tempat telah dikenal pasti sebagai tempat pembiayakan nyamuk Aedes dan mengakibatkan penduduk ada yang telah diserang demam denggi berdarah.


Usahaya murni daya inisiatif dan inovatif  Charles O Pang sebagai Wakil Rakyat  Karamunting  yang bertanggungjawab keatas kebajikan dan keselamatan penduduk di kawasannhya sambil mengajak penduduk Kg Karamunting Lama bergotong Royong bagi membersihkan kawasan sekitarnya tujuan untuk membasmikan ternakan nyamuk Aedes boleh dijadikan contoh oleh mana-mana wakil rakyat yang sedia ada;.



Nyamuk Aedes kalau hendak mencari mangsanya kalau menyerang dia tak kira apa bangsa main hentam saja jadi sebelum terjadi apa-apa berlaku yang bakal menimpa kepada mana-mana penduduk baguslah adakan gotong royong seperti yang telah dilakukan oleh ADUN Karamunting ini untuk mengelakan perkara-perkara negative berlaku.

No comments:

Post a Comment