10 ORANG PENDUDUK KG SIM-SIM DAN 2 ORANG PENDUDUK TAMAN MESRA DIJANGKITI WAWAK DEMAM DENGGI


 Monday February 01.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


TANJUNG PAPAT:- Kegagalan pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan Tanjung Papat mengarahkan badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung( JKKk) Kampung Sim-Sim mengadakan Gotong Royong bagi membersihkan kawasan sekeliling rumah kini seramai 10 orang penduduk kampung berkenaan tinggal di Jambatan Lorong 18 disahkan telah dijangkiti wabak demam denggi berdarah.

Kesemuanya 10 orang yang disahkan telah dijangkiti wabak demam denggi berdarah telah mendapat rawatan di wad Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Walaupun pihak Jabatan Kesihatan berusaha daya upaya mengadakan forging (semburan) di kampung berkenaan dengan tujuan untuk menghalau semua nyamuk Aedes dari membiayak akan tetapi tidak berkesan selagi kawasan sekeliling tidak dibersihkan.

Ini semuanya gara-gara kegagalan pihak UPPM Tanjung Papat  tidak pandai berusaha atau mempunyai daya inisiatif untuk mengarahkan penduduk-penduduk kampung Sim-Sim supaya mengadakan gotong royong bagi menjamin kesejahteraan rakyat setempat.

Tiga hari yang lalu kata sumber itu 2 orang penduduk Blok 32 Taman Mesra juga telah dihantar ke Hospital berhamnpiran kerana telah dijangkiti wabak demam denggi berdarah.

Inilah kampung ataupun kawasan Taman Perumahan kalau tiada sehati sejiwa bermacam-macam bala datang kerana tiada kefahaman antara satu sama lain sementara pemimpin-pemimpin politik kerajaan sedang nyenyak dan lena tidur dibuai mimpi-mimpi yang amat mengerikan.


No comments:

Post a Comment