PEMBUANGAN SAMPAH DITANAH KUBURAN ISLAM RANCANGAN SUNGEI MANILA ADALAH PERBUATAN KEJI




Isnin Februari 01.2016

KUPASAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


PEMBUANGAN  sampah yang bertaburan dan  berselerakan  berhampiran dengan Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Bintang Baru Rancangan Sungei Manila dekat sini apa bila tersiarnya gambar-gambar timbunan sampah  dilaman-laman soasial yang menjadi viral telah mendapat perhatian umum di kalangan penduduk-penduduk luar.


Di mana kah letaknya tanggungjawab orang-orang kampungan yang berhampiran  yang membuang sampah dengan jalan mudah sambil tidak memikirkan soal tanggungjawab bersama dalam memulihara alam sekitar.

Merekapun sedia maklum  walaupun agak jauh sedikit jarak tempat  pembuangan sampah dengan kedudukan tanah kuburan Islam itu seharusnya perkara seumpama ini tidak berlaku kerana bau busuk longgokan sampah sarap itu bukan alang kepalang.


Pihak berwajib memang telah membina pondok tempat membuang sampah tetapi  mereka tidak membuang sampah  didalam  rumah sampah yang telah tersedia kerana penduduk yang  bahlul-goblok mereka mungkin campak (humban) saja sampah itu dari kenderaan.

Yang peliknya mereka terang-terang melihat dengan dua biji mata mereka yang melotot itu  papan tanda yang dipasang terpampang  berhampiran dengan rumah sampah berkenaan dengan slogan Selamat Datang Ke Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Bintang Baru Rancangan Sungei Manila Batu 12 mereka masih tergamak melakukan perbuatan  jahil dan tidak memikirkan impak dan implikasnya membuang sampah dengan sewenang-wenangnya.

Wartawan portal The Sabah Insider.net mengharapkan ADUN Sungei Sibuga yang juga Ketua Menteri Sabah termasuk Ahli Parlimen Libaran agar dapat mencari jalan bagaimana untuk memantau dan menguruskan pembuangan sampah itu di Bintang Baru Rancangan Sungei Manila.



PENGERUSI DAP SABAH STEPHEN WONG AGIH-AGIHKAN KAD UCAPAN KONG HEE FATT CHOY

Monday February 01.2016


OLEH: THOSMAS SINGGIUK
www.sabahinsider14.blogspot.com




KOTA KINABALU:-   Setelah menjawat jawatan Sebagai Pengerusi DAP Negeri Sabah   memang berat tanggunjawab yang dipikul selain menjawat-jawatan Ahli Parlimen Sandakan.

Stephen Wong Tien Fatt Pengerusi DAP Sabah mereka tidak pernah melupai jasa-jasa pengundi khusus di kawasan Kota Kinabalu sehingga tercapainya menggondol kerusi Parlimen Kota Kinabalu jatuh ke tangan DAP pada PRU 13 lalu.

Kelmarin Wong termasuk para pemimpin kanan DAP Sabah pergi ke Pasar Malam yang terletak  di Jalan Gaya (Gaya Street)  untuk mengagih-agihkan kad ucapan Tahun Baru Cina 2016 (Gong Xi Fa Cai)  kepada para penjaja dan juga para pengunjung.
 

Wong berkata mereka yang bakal menyambut tahun baru Cina nanti hendaklah disambut secara sedarhana kerana memandangkan kini kegawatan ekonomi Negara  yag tidak menentu melanda Negara Malaysia  mana kala kos sara hidup tinggi lantas berbelanja perlu berhemah dan beli barang-barang keperluan sahaja.

10 ORANG PENDUDUK KG SIM-SIM DAN 2 ORANG PENDUDUK TAMAN MESRA DIJANGKITI WAWAK DEMAM DENGGI


 Monday February 01.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


TANJUNG PAPAT:- Kegagalan pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan Tanjung Papat mengarahkan badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung( JKKk) Kampung Sim-Sim mengadakan Gotong Royong bagi membersihkan kawasan sekeliling rumah kini seramai 10 orang penduduk kampung berkenaan tinggal di Jambatan Lorong 18 disahkan telah dijangkiti wabak demam denggi berdarah.

Kesemuanya 10 orang yang disahkan telah dijangkiti wabak demam denggi berdarah telah mendapat rawatan di wad Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Walaupun pihak Jabatan Kesihatan berusaha daya upaya mengadakan forging (semburan) di kampung berkenaan dengan tujuan untuk menghalau semua nyamuk Aedes dari membiayak akan tetapi tidak berkesan selagi kawasan sekeliling tidak dibersihkan.

Ini semuanya gara-gara kegagalan pihak UPPM Tanjung Papat  tidak pandai berusaha atau mempunyai daya inisiatif untuk mengarahkan penduduk-penduduk kampung Sim-Sim supaya mengadakan gotong royong bagi menjamin kesejahteraan rakyat setempat.

Tiga hari yang lalu kata sumber itu 2 orang penduduk Blok 32 Taman Mesra juga telah dihantar ke Hospital berhamnpiran kerana telah dijangkiti wabak demam denggi berdarah.

Inilah kampung ataupun kawasan Taman Perumahan kalau tiada sehati sejiwa bermacam-macam bala datang kerana tiada kefahaman antara satu sama lain sementara pemimpin-pemimpin politik kerajaan sedang nyenyak dan lena tidur dibuai mimpi-mimpi yang amat mengerikan.


SAMPAH BERTABURAN BERSEBELAHAN TANAH KUBURAN ISLAM RANCANGAN SUNGEI MANALA MANA JKKK?



Monday  February  01.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SALEENA TITI AZ
www.sabahinsider14.blogspot.com


LIBARAN:- Selamat Datang Ke Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Bintang Baru Rancangan Sungeu Manila Batu 12 Sandakan terpangpang papan tanda ditepi jalan raya bersebelahan Tanah Perkuburan.

Apa yang kita lihat dengan mata kepala kita timbunan sampah sarap berseleraan-bertaburan di sana sini dalam perkara imi siapa kah yang harus diperesalahkan pihak kerajaan kah atau penduduk setempat yang tidak mempunyai hai sejiwa untuk menangani isu sampah ini.


Kita ingin bertanya di manakah letaknya tanggungjawab Ketua Kampung Rancangan Sungei Manila serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rancangan Sungei Manila adakah  mereka ini telah menyedari tentang masalah sampah sarap yang bertaburan berhampiran dengan Tanah Perkuburan Islam itu.

Walaupun ia jauh dari Kampung akan tetapi jijik dipandang mata tentunya banyak tikus-tikus berkeliaran untuk memakan sisa-sisa makanan dan tikus juga boleh membawa pelbagai wabak termasuk lalat (langau).

Saya harap sesiapa saja yang terbaca berita yang tersiar diportal online The Sabah Insider.net agar dapat mengambil tindakan drastik untuk membersihkan sampah-sampah tersebut.



BETUL KAH DAP-PKR AKAN JUAL MALAYSIA?

Monday February 01.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

SEBAGAI penulis atau siapa saja yang otak waras, kala bercakap menulis biarlah lojik alias masuk akal dan bukan seperti kebudak-budakan.

Kekadang cara kita menulis dengan bahasa yang kasar dan kesat bisa saja dinilai sejauh mana gejolak rasa dalam hati kita dan itulah boleh kita ketahui sikap dan tabiat serta olah seseorang itu meski tidak pernah ketemu.

Misalnya mengatakan DAP itu komunis dan kemudian sekongkol dengan PKR mahu jual Malaysia.

Bila disebut komunis, siapa saja yang mula2 buat hubungan diplomatik dengan cina komunis kala sesudah merdeka dulu? bukan Tun Razak sendiri?

Cina sekarang bukan macam dulu, cina sekarang jauh berbeda dan cina lebih baik banding Amerika dan negara barat sendiri.

Kita jangan lupa kalau bukan kerana CHENG HO rasanya Islam di Malaysia bakal berkembang agak lambat dan kerana Cheng Ho lah parameswara masuk Islam dan Islam mula berkembang di Melaka abad ke-15.

Lagi Cina bukan sebuah negara yang kecil dan sekitar 1/3 dunia ini milik cina dan rakyatnya ada di mana-mana di pelusuk dunia dan dalam sejarah Cina rasanya tak pernah merampas hak Melayu seperti bangsa-bangsa lain.


Jadi, tuduhan konon DAP itu komunis tentu tidak betul kerana ucapan itu dikatakan kesan sakit hati dan kesan dirasuk setan benci tanpa bukti kukuh.

Lalu dikatakan DAP dan PKR bakal jual Malaysia dan ini lagi sesuatu yang tidak benar sebab dalam PKR itu sendiri ramai Melayu dan ramai kaum bumiputera, tentu tidak mungkin akan sekongkol dengan DAP jika tuduhan itu benar dan inilah andaian FITNAH yang jahat tak masuk akal.

Kita harus sedar Pinang di bawah DAP dan Selangor di bawah PKR. Kedua negeri ditadbir sama oleh PKR dan yang jelas ikut audit negara, laporan kewangan di kedua negeri cukup baik dan rasuah jauh berkurangan banding negeri bawah BN.

Cuma kekadang baik TV dan Utusan selalu saja membesar-besarkan perkara yang kecil hingga seolah kerajaan di kedua-dua negeri itu tidak bijak mentadbir.

Ingatlah, baik tulisan atau kata-kata yang kita lontar akan diperhatikan oleh Malaikat dan Allah siap tahu dan bakal menghukum sesiapa saja yang berkenaan di akhirat nanti.

Tidak mengapa, kalau yang berkenaan boleh tunjukkan bukti dengan jelas hal yang dimaksudkan dan saya tidak begitu yakin demikian sebab DAP hanya kuasai bandar dan sekarang ini mereka punya 33 kerusi MP, sedang 189 kerusi MP dimiliki oleh bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain, malah dari sejumlah 33 kerusi itu tidak semuanya bangsa cina, malah ada seorang dua bangsa lain.

Menulislah dengan penuh tanggungjawab dan elak menjadi fitnah yang siap nanti dibawa ke akhirat.

BENGKEL KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DAPAT SAMBUTAN….NORAINI


Sunday January 31.2016

OLEH SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogsopt.com

SANDAKAN:- Pendedahan  beberapa perkara dalam pelbagai aspek kepada murid-murid sekolah rendah adalah untuk meningkatkan pembentukan minda kearah positif.

Ini memang perlu perkara-perkara positif dalam pelbagai aspek didedahkan supaya mereka dapat menambah ilmu pengetahuan yang lebih mendalam khusus dalam soalan  permasalahan matematik.


Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong berkata demikian ketika berucap dimajlis penutupan Bengkel Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang bertemakan Memekar Bunga  Minda anjuran bersama Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan dan SAKAMOTO (M) di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.
 
Kata Noraini memang tidak dinafikan ramai pelajar Melayu kurang mahir dalam ilmu kira-kira atau matematik berbanding pelajar-pelajar bangsa lain.

“Saya harap apabila mereka telah mengikuti bengkel walaupun singkat masanya cuma sehari saja,  saya percaya segala ilmu yang didedahkan oleh tenaga pengajar (instructor) kepada semua murid-murid yang telah mengikuti bengkel ini dapat dimenfaatkan  sepenuhnya” kata Noraini.





WANITA MELAYU PALING GELOJO-JOROK PILIH BANGLA-AFRIKA DAN PAKISTAN JADI TEMAN HIDUP SEMATI




Sunday January 31.2016

KUPASAN DARI MEJE EDITOR
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspoto.com

GARA-gara kerajaan hendak memberi kerakyatan sebagai Warganegara Malaysia terhadap rakyat Bangladesh 1.5 juta  dari itu sejak kebelakangan ini   rata-rata wanita Melayu tergila-gilakan lelaki bangla akan tetapi berlaku di sebelah Semenanjung  saja.

Kalau empat tahun yang lalu lelaki Afika jadi idaman dan pujaan hati wanita-wanita Melayu kini pula t mereka bertukar selera lelaki bangla   jadi idaman kalbu dan pujaan hati kepada 90 peratus wanita Melayu sekarang  jadi deman lelaki Bangladesh.

Terlalu gelojo perempuan-perempuan Melayu sanggup hidup semati bersama bangla walaupun orang merempat di Negara ini akan tetapi  mendapat layanan istimewa bukan saja di rebutan dan pujaan hati wanita-wanita Melaya akan tetapi juga mendapat layanan istimewa dari kerajaan Malaysia sehingga 1.5 juta bangla yang tinggal di Negara ini secara atomtik dapat mykad setaraf dengan orang-orang tempatan menjadi bumiputra mendadak.

Nampaknya wanita Melayu sekarang kurang berminat terhadap lelaki Melayu tempatan sebaik saja penghijraan lelaki Bangla  ke Negara ini.

Maaf kalau saya bercakap wanita-wanita Melayu terlalu gelojo dan jorok sanggup mencari teman hidup orang Bangladesh apa kah keistmewaan lelaki Bangla dengan lelaki Melayu tempatan ini perlu mencari  jawabannya.

Bangsa-bangsa lain pula di Negara ini mereka memandang jijik bangsa bangla akan tetapi bagi wanita-wanita Melayu bangsa Bangla adalah terbaik untuk dijadikan suami dan berkongsi hidup semati.

Di Sabah pula lain cerita gara-gara bangsa Pakisan memberi hutang beribu-ribu ringgit bapa mereka tak mampu bayar hutang tersebut lantas anak-anak mereka jadi mangsa keadaan.

Contohnya peremnpuan-perempuan Kadazan dan Dusun jadi mangsa keadaan seperti di Tambunan-Keningau-Beluran-Kundasang-Ranau dan Kinabanatangan   ramai Pakistan kahwin dengan orang-orang kampung.


SUMBANGAN PENULISAN ORANG RAMAI UNTUK SABAH INSIDER DIALU-ALUKAN....JUN ABDULLAH


Sunday  January 31 .2016

OLEH: THOMAS SUNGGIUK


KOTA KINABALU:- Pihak Portal The Sabah Insider.net mengalu-alukan kepada para penulis tanah  air di Negara ini khusus di Sabah supaya dapat menyumbang karya-karya mereka bentuk kritikan hal-hak semasa.

Pihak kami akan siarkan sekiranya tulisan itu bentuk kritikan khusus tulisan mengenai situasi  hal ehwal semasa tentang permasalahan masyarakat sekeliling.

Bercakap kepada Wartawan portal The Sabah Insider.net hari ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Insider.net Jun Pacifico Abdullah (gambar) berkata kami  memang amat mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk disiarkan diportal ini.


Katanya memandangkan kini banyak isu-isu panas terutama hal-hal kelemahan urusan pentadbiran kerajaan yang perlu pendedahan kepada umum apapun mereka boleh menggunakan  nama samaran dan nama sebenar kami akan rahsiakan.

Jun menambah kata sekarang ramai rakyat di Negara ini terutamanya rakyat Sabah berminat melayari laman sesawang portal online The Sabah Insider mengikut reading  view pages  portal ini kini telah mencecah 88,379 setakat ini.

The Sabah Insider baru berusia hampir 2 tahun semakin hari semakin mendapat respond di kalangan peminat portal online khususnya The Sabah Insider yang banyak menyiarkan bahan-bahan isu sensasi dan panas sebagai wadah masyarakat Sabah tempat meluahkan perasaan yang terpendam.


Kata Jun lagi The Sabah Insider.net berkonsepkan tidak berat sebelah (bias) dalam menyiarkan berita-berita semasa dan juga artikel-artikel  sama ada datangnya dari pihak pro kerajaan mahupun pihak pembangkang asalkan berita itu bersesuaian selera pembaca dan bersesuaian dengan konsep asal the sabah insider iaitu slogan Membongkar Kemungkaran-Pertahankan Kebenaran diutamakan.











BR1M BUKAN WANG UMNO/BN KENAPA AHLI-AHLI PEMBANGKANG DILARANG MENGAMBILNYA

Sunday January 31.2016

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com
 \


SEJAK kebelakangan ini kelihatannya ramai di kalangan  pemimpin  UMNO sekarang ini ada yang otaknya seolah macam orang senteng (edan)  meski tidak gila sebab apa yang diucapkan sebenarnya rata-rata  ada yang main hentam keromo (ngomong sembarangan)  alias macam budak-budak TADIKA (Kebudak-budakan)

Kesan main hentam keromo, maka ramailah yang mengatakan otak mereka sudah dimazlankan dan tambah memburuk bila pemimpin negara nombor satu mengatakan yang berbelit-belit hingga rakyat kurang keyakinan.

Saya perhatikan mereka tidak guna akal dan otak di kepala, tetapi lebih banyak menggunakan otak di otot (lutut)  yang sama sekali berlawanan dengan otak sihat berfikir dan apakah mereka itu tidak ada akal?

Datuk Safiee Abdullah pula mengatakan pembangkang tidak boleh terima BR1M kesan itu duit milik UMNO. Dari mana UMNO dapat duit?


BRIM dan Tangki Biru adalah duit rakyat yang membayar cukai termasuk hasil negara yang dimasukkan ke TABUNG DISATUKAN dan duit itulah yang diagih-agihkan kan untuk pembangunan negara.
Inilah masalahnya bila pemimpin UMNO yang ada title Datuk menggunakan otak yang senteng alias tak betul (tak becus)

Sepatut perhimpunan UMNO hendaklah membahaskan sesuatu yang serius demi kepentingan rakyat bukan memutar belitkan fakta dan mencipta provokasi yang AUTA demi meraih pengikut dan memperkenalkan diri di khalayak ramai bagi yang tidak terkenal.

Saya melihat kualiti debat hujah kekadang ada yang seolah sampah yang tidak berkualiti yang kekadang mesyuarat JKKK di kampung lagi baik banding perhimpuan yang terdiri dari datuk-datuk  yang konon intelek sebalik otak dan bahan diperkatakan seperti TAHI yang tika berak jatuh ke sungai dimakan (caplok)  ikan Badukang atau ikan Lontong.

Pihak kepimpinan UMNO seharus mengambil berat hal ini dan tidak menampilkan perwakilan yang otaknya semacam Datuk Shafiee Abdullah itu sebab itu lebih memburukkan kepimpinan negara yang memang sudah buruk di mata dunia dengan segala macam skandal.

Kita mahu satu perbahasan yang berkualiti demi negara bangsa Malaysia bukan sesuatu yang KOSONG dan kata-kata bohong, tipu dan muslihat yang melampau.

NOTA; Saya memang tak dapat Br1M.


PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN DI SARAN TUBUH PASUKAN BOMBA KOMUNITI

Sunday January 31.2016


Leong GAMBAR KELIHATAN…..Anddre menerima kunjungan kehormat  dari Kapitan James 

OLEH:  SALINA ABDUL GHAFAR
www.sabahinsider14.blogspot.com



SANDAKAN: Penduduk taman perumahan di kawasan Elopura disaran menubuhkan pasukan Bomba Komuniti (PBK) untuk memperluaskan kesedaran mereka akan kepentingan pencegahan kebakaran dan tindakan awal semasa kecemasan.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) zon Sandakan Anddre Andrew kepada Kapitan kawasan Elopura  James Leong semasa menerima kunjungan kehormat dari  James di JBPM zon Sandakan kelmarin.

Program Bomba Komuniti bertujuan untuk memperluaskan kesedaran awam akan kepentingan pencegahan kebakaran dan tindakan awal sekiranya berada didalam kecemasan, kata Anddre.

Setakat ini tujuh PBK telah ditubuhkan di Sandakan. Setiap pasukan mempunyai  10 ahli dan pihak Bomba akan tetapkan satu masa untuk memberi ceramah kepada mereka selepas penubuhan PBK tersebut,” tambah Anddre.

Menurut Anddre, pihaknya mensasarkan 10 PBK untuk Sandakan dan mengalu-alukan penyertaan penduduk  taman perumahan termasuk masyarakat Cina di kawasan Elopura dalam program berkenaan.

Penduduk taman perumahan di kawasan Elopura boleh menghubungi Anddre untuk pertanyaan berhubung penubuhan Pasukan Bomba Komuniti di talian 089 21 4444, kata James.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Nordin Pauzi semasa pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran Peringkat JBPM Sabah sempena sambutan Tahun Baru Cina 2016 di Sandakan baru-baru ini, telah memberitahu bahawa JBPM Sabah menyasarkan untuk menubuhkan 200 PBK di Sabah.

Sementara itu, Anddre serta James  turut menasihati masyarakat di Sandakan supaya meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran sepanjang musim Tahun Baru Cina.





ADUN SEKONG DAN MP BATU SAPI SEGERA CARI JALAN ATASI MASALAH LOJI KUMBAHAN NAJIS TAMAN MAWAR BERMASALAH


Saturday January 30.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: CIKGU HARTHONO
www.sabahinsider14.blogspot.com

LOJI KUMBAHAN ...bau busuk tidak menyenangkan penduduk

SEKONG:- Kebimbangan para penduduk Taman Mawar yang berhampiran dengan loji kumbahan najis  yang berbau busuk akibat air melimpah ruah semakin membara

Siapa kah yang harus bertanggungjawab bagi kerja-kerja menyelenggaraan  loji kumbahan najis yang sudah sekian lama dibiarkan begitu saja sehingga menimbulkan keresahan dan kebimbangan kepada penduduk setempat.


 Kalau dilihat dari bebarapa sudut  pagar loji tidak tertutup rumput panjang tidak dipotong dibiarkan semacam menternak ular sawah air najis melimpah ruah bau busuk hingga menembusi masuk keruang-ruang tamu.

Apabila tersiarnya berita ini di portal online The Sabah Insider.net terutamanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong dan Ahli Parlimen Batu Sapi agar mencari jalan alternative bagi mengatasi masalah loji kumbahan  Taman Mawar yang kini bermasalah kepada penduduk berkenaan.




POLIS SIASAT AWANG KASSIM AG GEMOK SELEWENGKAN PERSATUAN BEKAS-BEKAS POLIS SABAH

Saturday January 30.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogdspot.com

KOTA KINABALU:- Awang Kassim Awang Gemok yang di dakwa telah diambil tindakan disiplin oleh Persatuan Bekas Polis Sabah kerana telah menyalahi undang-undang  Kesalahan Akta Pertubuhan  di bawah Seksyen 11(a)A.P. 1996 kini telah mendapat perhatian meluasa 
Awang dikatakan telah memangku sebagai pengerusi bermula tahun 2009 akan tetapi tidak menjadi. 
Mengikut laporan pusat persatuan Bekas Polis Sabah itu tidak lagi  diikhtiraf dan  Awang Kassim mendakwa  telah membentuk jawatankuasa penaja setelah pihak Pendaftaran Perutubuhan Malaysia (ROS) meluluskannya. 
Kata sumber itu jika dakwaan ini  benar Awang Kassim menganggap dirinya  masih lagi pengerusi kepada Persatuan Bekas Polis Sabah maka ia telah melakukan  satu kesalahan dibawah Seksyen Akta Pertubuhan  11(a)A.P. 1996 dan jika di sabit kesalahan boleh dihukum penjara tiga bulan dan didenda dimelebihi RM3,000.00 atau kedua-duanya sekali 
Dan penubuhan Persatuan itu  tidak sah ini adalah haram sii undang-undang pertubuhan dan sekaligus Awang Kassim sebagai pengerusi Haram dan persatuan itu tidak boleh menjalankan apa-apa kegiatan walaupun  dikatakan peringkat penaja.
Walaupun persatuan itu dikatakan sudah tiada lagi akan tetapi pihak-pihak tertentu masih terus bergiat  dibiarkan begitu saja tanpa diambil tindakan
“Apa yang kita harapkan meski kes ini sudah dibawa ke mahkamah tinggi sejak sekian tahun, tetapi berkali-kali tidak ada keputusan dan tentunya bekas-bekas  polis/yang bersara tidak mahu nama persatuan disalah guna oleh individu untuk kepentingan diri.
Satu tindakan siasatan ke akar umbi haruslah diusahakan agar kes-kes  semacam ini tidak berlanjutan dan kepentingan bekas-bekas polis di Sabah dapat diperhatikan sesuai dengan visi dan misi persatuan itu sendiri"kata  sumber itu lagi.

KRISIS MB KEDAH....MUKHRIZ TINGGALKAN UMNO DAN DIJEMPUT MENYERTAI AMANAH-PKR

Saturday January 30.2016

OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
www.sabahinsider14/blogspot.com

UMNO sudah rosak dan Mukhriz perlu sertai parti lain sekiranya mahu mewujudkan kerajaan bersih. Keluarlah dari UMNOA apa lagi tunggu lama-lama

KEDAH:- Penyingkiran Datuk Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah telah menimbulkan kemarahan di kalangan ahli-ahli UMNO Kedah.
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak bakal menyingkir Mukhriz sebagai Menteri Besar adalah difisatkan tidak berperi kemanusian dan amat kejam kerana alasan yang diberikan Mukhriz tidak sehaluan dengan Najib dalam kepimpinan UMNO juga Negara sebagai Perdana Menteri.

Seandainya Mukhriz jadi disingkir daripada jawatannya yang disandang ini jelas ia membuka ruang selebar-lebarnya kepada parti-parti pembakang di Negara ini untuk mempelawa Mukhirz serta kaum kerabat dan para pengikutnya menyertai Parti AMANAH ataupun PKR.
Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Kedah menyarankan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir keluar UMNO sekiranya mahu mewujudkan kerajaan bersih daripada rasuah.
ADUN PKR Kedah dalam kenyataan bersama berkata, Mukhriz perlu keluar daripada UMNO kerana parti berkenaan sudah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi.
Kepada Mukhriz dan mana-mana ADUN Barisan Nasional (BN) Kedah, jika anda benar-benar mahu kerajaan yang bersih rasuah, jika benar anda mahu perangi rasuah keluarlah daripada UMNO.
“UMNO kini hanyalah sekadar kenderaan buruk yang sudah rosak yang wajib dibuang dan tidak perlu diperbaiki lagi. 
“Mari lakukan perubahan bersama kami, jika tidak perjuangan anda hanyalah sia-sia seperti anjing menyalak bukit, mencurah air ke daun keladi dan mungkin akan disenarai barisan pemimpin UMNO yang merosakkan negara dan bangsa,” kata mereka pada sidang media di Bakar Arang, di sini, hari ini.
Kenyataan bersama dibuat oleh ADUN Lunas, Azman Nasruddin; ADUN Bukit Selambau, Dr Krishnamoorthy; ADUN Bakar Arang, Ooi Tze Min; dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling.
Semua ADUN PKR Kedah berharap krisis penukaran Menteri Besar negeri berkenaan dapat diselesaikan dengan segera.
Sementara itu, ADUN PKR Kedah dalam kenyataan bersama, turut mendakwa Kerajaan Kedah sudah tidak wujud apabila mesyuarat EXCO negeri sudah tidak dapat dijalankan.
“Ini berikutan apabila enam EXCO negeri tidak hadir dalam mesyuarat semalam. Jadi, lebih baik Mukhriz buat sidang tergempar khas. 
“Siapa layak jadi Menteri Besar terpulang kepada DUN. Pembangkang akan hadir dalam sidang tergempar itu,” kata mereka menerusi kenyataan itu.
Wartawan portal The Sabah Insider.Net yang sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa lagi-lagi krisis UMNO Kedah yang semakin kritikel dikhabarkan sekiranya Mukhriz dan Tun Muhathir keluar meninggalkan UMNO/BN maka sekutunya Tan Seri Muhyidin Yassin, Datuk Mohd Shafie Abdal lain-lain pemimpin kanan UMNO yang pernah dikhianati oleh Najib mereka akan keluar bersama-sama Mukhriz untuk meninggal UMNO akan tetapi belum pasti mana satu parti jadi pilihan mereka sama ada AMANAH ataupun PKR akan diketahui tidak lama lagi.
Inilah penyakit dalam UMNO walaupun orang itu berjuang mati-matian dalam UMNO beberapa detad akan tetapi bila mempunyai satu kesilapan seperti tidak mahu ikut rentak Presiden UMNO tidak sehaluan pendapat semestinya menjadi musuh utama kepada Najib dan sekaligus berlaku penyiingkiran satu persatu.
Bukan  saja para pemimpin tertinggi UMNO yang sering menjadi mangsa keadaan akan tetapi juga pegawai-pegawai Tinggi Kanan Kerajaan yang tidak mahu mendengar atau coba mempertikaikan kewibawaan Najib mereka bakal menerima nasib yang serupa seperti mereka-mereka yang terdahulu jadi mangsa pembuangan dan penyingkiran jawatan.
Terbukti kes RM2.6 billiong 1MDB kini terlepas begitu saja sehingga menimbulkan keraguan di kalangan rakyat dinegara ini sehingga Ketua Hakim Negara berani mengarahkan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atgar menutup kes tersebut.
Sudah enam orang Perdana Menteri bermula dari Tunku Abdul Rahmat Putra Alhaj, Tun Abdul Razak  Hussein Tun Hussien Onn Tun Mahathir Mohd dan Tun  Abdullah Ahmad Badawi semua kelima-lima orang ini tidak pernah mendapat cemohan atau kritikan bertubi-tubi datangnya daripada pelbagai rakyat, tidak  sama dengan Najib walaupun hari-hari mendapat kritikan bukan saja daripada pemimpin Melayu Islam bahkan lain-lain bangsa yang ada di Negara ini semakin hari semakin membenci diri Najib akan tetapi Najib  tetap tahan tukul.



WANITA UMNO SANDAKAN KERJASAMA SPR BUKA DAFTAR PEMILIH BARU


Friday January 29.2016

NORAINI....Bersama AJK Wanita UMNO bahagian  Sandakan


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

· 
SANDAKAN:- Gerakan Daftar Pemilih bagi pengundi-pengundi baru berumur 21 tahun keatas kelolahan Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini sedang dilancarkan bermula pada 27hb Januari lalu hinga 4hb Februari 2016


Gerakan Daftar Pemilih yang berjalan  selama sembilam hari itu berakhir pada 4hb Februari ini ia diadakan di Plazza Harbour Mall pusat Bandar Sandakian bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang setiap hari.


Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong berkata tujuan mngadakan program daftar pemilih baru ini adalah dibuka kepada rakyat Malaysia antara berumur 21 tahun sebagai pengundi baru.


Katahnya bagi mereka yang hendak menukar tempat undi dari satu kawasan kesatu kawasan juga dibolehkan untuk mereka berbuat demikian.

 
Orang ramai khususnya penduduk disekitar daerah Sandakan yang sudah mencapai umur 19 tahun bolehlah untuk mendaftar sebagai pemilih baru untuk membolehkan mereka membuang undi pada PRU14 nanti untuk memastikan mereka mempunyai hak asasi untuk memilih pemimpin mereka” Kata Noraini lagi.




WANITA UMNO SANDAKAN KERJASAMA CYBER SECURITY MALAYSIA ANJUR BENGKEL IT CYBER-PRNURE

Friday January 29.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

 PARA PESERTA....Bengkel IT Cyber-prenure

SANDAKAN:-  Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan dengan kerjasama Cyber Security Malaysia sedang mengadakan bengkel information Technology (IT) bermula pada 28 dan berakhir 30hb Januari 2016

Bengkel tersebut yang berjalan selama tiga (3) hari itu telah dilangsungkan di Kolek Komuniti dekat sini dan telah sertai seramai lebih 30 orang semuanya tegolong dari kaum wanita.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong dalam taklimatnya antara lain menjelaskan tujuan menganjurkan bengkel seumpama itu adalah untuk menggalakan masyarakat setempat supaya mendalami selok belok  penggunaan computer yang dilengkapi IT (Information Technology) sejajar dengan perkembangan Globalisasi  dunia tanpa sempadan  serta perkembangan ICT khususnya dalam pengetahuan cyber-prenure  
 

“Saya harap para peserta yang telah mengikuti bengkel berkenaan agar segala ilmu yang ditunjuk ajar oleh tutor itu dapat dimenfaatkan sepenuhnya bila sekambalinya nanti dan dapat dikongsikan berasama” kata Noraini Sulung.

Katanya bengkel serupa ini tidak akan sampai disini ia akan disusuli kemudian hari melihat kepada keadaan yang sesuai.



AMARAN AHLI-AHLI DAP-PKR DAN AMANAH TIDAK BOLEH AMBIL BR1M KERANA WANG UMNO....KATA MOHD SHAFIE


Thursday January 28.2016

OLEH: PAPARAZI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SEMASA persidangan UMNO  tahun lalu seorang perwakilan dari UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Shafie Abdullah  menggesa Putrajaya supaya mengkaji semula pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) terhadap rakyat di Negara ini yang menyokong parti-parti pembangkang.

Sememangnya mereka tidak layak menerima BR1M kerana wang itu adalah Wang UMNO/BN jadi sesiapa antara mereka yang menyokong parti pembangkang seperti DAP-PKR dan Amanah saya haramkan mereka mengambil wang BR1M.

Jika perlu saya akan buat arahan kepada polis untuk menangkap ahli-ahli DAP-PKR dan AMANAH yang telah dikenali  mereka datang untuk mengambil BR1M  dimusim sekarang ini.

Seandainya mereka juga degil jika dilarang dengan secara halus mereka enggang mendengar  pihak polis wajar menembak satu-persatu  terhadap mana-mana ahli-ahli pembangkang yang coba menggangu gugat datang untuk mengambil BR1M yang sememangnya  mereka tidak layak kerana BR1M itu adalah hak mutlak wang UMNO” katanya kepada wartawan di sini.

Jadi memang sah BR1M adalah milik mutlak UMNO itulah Datuk Mohd Shafie Abdullah wakil dari Bahagian UMNO Wilayah Persekutuan berani bercakap sedemikian rupa.

Terpulanglah kepada pihak polis jika mereka turut dan patuh arahan dari para pemimpin UMNO untuk menembak satu-persatu ahli-ahli pembangkang yang terdiri dari PKR-DAP dan AMANAH yang datang untuk mengambil BR1M itu kita lihat dan tunggu apa kesudahannya.

“Kami benarkan lagi rakyat asing yang mempunyai mykad projek untuk mengambil BR1M sebab mereka adalah pengundi tegar dan pengundi setia UMNO/BN bila menjelangnya PRU nanti daripada kita membenarkan rakyat sendiri jadi penderhaka dan petualang Negara” tegasnya

MOHD SHAFIE ....Saya sokong banglahdes ambil BR1M 


Kata Mohd Shafie dianggarkan rakyat Bangladesh yang tinggal dinegara ini berjumlah 1.2 juta yang telah mendapat kerakyatan songsang  bertaraf wagranegara Malaysia turut gembira kerana mereka bakal menerima BR1M bersama sama rakyat yang menyokong parti UMNO/BN

CAKAP SALAH, TAK CAKAP LAGI SALAH ( kesannya serba salah)

Thursday January 28.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

 

HATI kecil saya kata, cakap salah dan tak cakap pun salah. Semuanya serba salah.

Kalau cakap, orang kata kita ini lawan kerajaan dan mereka lihat kita satu macam macam setan.

Muka-muka  mereka itu macam makan orang dan kita ini dilihat macam binatang.

Ah, memanglah mereka marah. Mereka marah sebab kalau kerajaan jatuh, mereka susah cari makan dan tidak boleh tidak mereka pertahankan ketua mereka agar projek selalu mari dapatlah kasih makan anak bini dan enjoy terbang sana sini jadi orang kaya baru.

Kita ini kalau bercakap dikatakan tidak senang dan dikatakan memfitnah pula. Kekadang apa saja yang kita tulis tanpa mereka fahami maksud atau tidak membaca terus mereka kata yang kita memfitnah.

Mereka ini kalau sudah taksub dan dapat projek bersih parit untung bagi-bagi tetap mereka katakan yang kita ini bangkatan alias monyet setan dan jahat mahu tabur pasir di periuk mereka.

Maaflah, kita bukan jenis ampu dan bodek alias angkat kaki mahu dapat projek. Kalau kita mahu sudah lama kita jadi jutawaan tetapi bukan itu visi hidup kita duhai kawan!

Visi hidup saya menulis sesuatu yang benar bagi pandangan saya. Mungkin saja pandangan orang apa yang saya luahkan tidak benar dan itu kita boleh sama hujah secara disiplin tanpa kata-kata kesat sebalik penuh hikmah secara bersahabat demi mendapatkan jalan yang benar.

Sekarang ini memang sedikit keras tulisan kita siap kena perhatikan dan ada saja yang melapor ke polis untuk ditangkap bawah akta hasutan dan memang sukar kelihatannya dan kesannya ramai yang diam membatu membiar saja kebobrokan berlaku di mana-mana.

Sekarang ini memang negara dalam gawat dan wang reserve kita di bank negara tinggal 101 bilion dan ini memang cukup bahaya dan pakar ekonomi mengatakan dalam 100 hari Malaysia akan tersungkur dan ini diakui sendiri oleh Tun Daim yang menjelaskan September Malaysia akan tersungkur.

Melihat keadaan kita sekarang dan laporan govenor bank negara memang negara dalam bahaya tetapi Najib terus mendendangkan yang Malaysia makmur dan selamat dan dia sedang perjuangkan hakikat menuju negara maju tahun 2020. Maju apa?

Itulah saya katakan, cakap salah dan tak cakap lagi salah, semuanya jadi serba salah, tetapi meski apapun kita kena cakap juga. Kalau mahu tangkap, sila sajalah tak menjadi apa-apa asal jangan ditangkap kesan mencuri, merogol, rampok dan menipu.

Kala ditangkap kesan penulisan, tentu kita rasa bangga dan tidak akan ada penyesalan. Kalau cakap salah tak cakap salah maka saya memilih "cakap sajalah