SUNGAI NDLAPAK-KG NUNUK RAGANG CETIK TAPI BERBAHAYA

Monday December 21. 2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SUNGAI NELAPAK- Nunuk Ragang Cetik Tapi Berbahaya

SEJAK kebelakangan ini ramai anak-anak remaja dan orang-orang dewasa  mati lemas akibat mereka berkelah bermandi manda diair terjun di beberapa tempat khsusnya dalam Negara ini.

Berita terbaru  tragedy itu berlaku di Hulu Terangganu – di mana hasrat enam sekeluarga menghabiskan cuti persekolahan dengan berkunjung ke Air Terjun Belukar Bukit, di sini  Sabtu lalu  bertukar tragedi  apabila lima daripada mereka ditemui lemas.

Dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi itu, mangsa ialah seorang imam yang bertugas di Puncak Alam, Selangor, Mohd Halim Samian,44; isterinya Nurul Adilah@Salaiwati Awang,39, serta tiga anaknya Nurul Arifah,16; Nurul Hidayah Aina,11 serta Nurul Izah,10.

MANGSA Tragedi Air Terjun Belukar Bukit..Trangganu



Manakala individu yang selamat  ialah Mohd Hasif, 9, dan difahamkan mereka sekeluarga yang tinggal di Puncak Alam, Selangor tiba di lokasi pelancongan berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi sempena pulang ke kampung Nurul Adilah di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zuraidi Yusof berkata pihaknya menerima panggilan  jam 11.35 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan 11anggota menaiki sebuah jentera serta sebuah pajero.

"Sewaktu pihak bomba tiba di lokasi kejadian, tiga mangsa iaitu Mohd Halim, Nurul Izah serta Nurul Hidayah telah pun ditemui oleh orang awam tidak jauh antara satu sama. Mangsa pertama dijumpai ialah Mohd Halim jam 12.17 tengahari sebelum disusuli mangsa seterusnya lima minit kemudian iaitu Nurul Izah dan Nurul Hidayah.

"Operasi mencari dan menyelamat terus dilakukan pihak bomba bersama orang awam sekali gus berjaya menemui Nurul Adilah@Salaiwati jam 12.33 tengah hari. Mangsa terakhir dijumpai ialah Nurul Arifah jam 12.37 tengahari. Kesemua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis.

"Sewaktu kejadian tiada pengunjung lain di lokasi tersebut, bagaimanapun kita tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca apabila salah seorang mereka di bawa arus sebelum ahli keluarga yang lain cuba membantu.
"Memandangkan terdapat pusaran air di kawasan berkenaan, kita percaya kesemua mereka telah dibawa pusaran itu hingga kesemuanya lemas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Bilik Forensik Hulu Terengganu, di sini, hari ini.

Bercakap di air  tentang terjun atau sungai-sungai yang cetek  di mana  sebatang sungai yang  agak terpanjang  selain sungai Kinabatangan yang menembusi kuala sungai Labuk  iaitu sungai Maliau  dan sungai Nelapak.

Sungai Nelapak yang banyak lingkarannya merupakan air yang jernih ia memang paling sesuai untuk tempat beriadah tempat berkelah tetapi sayang sekali sungai itu tiada orang yang pergi bermandi manda apa lagi kitapun tidak kelihatan ada perahu k
epunyaan orang kampung Nelapak dan Kg Nunuk Ragang yang berhampiran.

Biasanya kalau sungai seumpama itu adalah tempat mencari ikan dan pelbagai spisis habitat hidupan air tawar sebagai  sumber hasil pendapatan orang-rang kampung berkenaan sama ada dipasarkan atau untuk makan sendiri.

Dalam perjalanan  balik dari Kota Kinabalu saya sempat singgah sebentar  di Kampung Nunuk Ragang dibelakangnya ialah terdapat sungai Nelapak.

Saya bertanyakan salah seorang penduduk Kampung Nunuk Ragang kenapa tidak kelihatan sebiji perahu orang kampung untuk memancing atau menjala udang.

Kata mereka sungai itu memang cetik tetapi banyak orang sudah mati lemas disebabkan oleh hantu air (gelap) kedua pernah satu hari beberapa orang Jabatan Hutan berkemah di tepi sungai itu tidak semana-mana tiada hujan tiada angin tiada rebut tiba-tiba air dari ulu datang dengan deras macam kelombang mujur mereka sempat naik kedarat untuk menyelamatkan diri kalau tidak sudah tentu mereka semua mati dihanyutkan air deras yang tidak diduga tiba-tiba datang itu.

Inilah puncanya lima keluarga mati lemas akibat didatangi air deras datang dari ulu.


Pernah terjadi di sungai Telupid  ramai mereka mencuci kereta masuk didalam sungai yang cetik itu tidak semana-mana juga air deras datang dari ulu rupa-rupanya hujan diulu mereka  sempat menyelamatkan diri tapi  tidak sempat  menyelematkan kereta-kereta mereka ada yang dihanyutkan oleh air derat tersebut.

No comments:

Post a Comment