PEMOTONGAN SUBSIDI ELETRIK TERBAIK UNTUK AHLI-AHLI UMNO/BN TIADA MASALAH

Sunday December 13.2015

OLEH: SHAMSUL MOHD BAKRI
(SUARA RAKYAT)


PEMOTONGAN subsidi untuk bekelan elektrik kepada pennguna yang berkuatkuasa pada 1hb Januari 2016  seperti yang telah diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini walaupun akan memberi impak negative kepada pengguna di Negara ini namun bagi ahli-ahli UMNO dan penyokong tegar Barisan Nasional (BN) mereka tiada masalah.

Kenapa ahli-ahli UMNO dan penyokong BN tiada masalah walaupun kerajaan telah memotong subsidi bekalan elektrik sebab mereka (ahli-ahli UMNO-BN) 90 peratus bergelar jutawan  dan mereka setiap bulan di bantu oleh para wakil-wakil Rakyat BN/UMNO setiap seorang ahli menerima RM700.00 ini duit yang disalurkan oleh setiap Wakil Rakyat BN/UMNO cukup untuk membayar  bil elektrik.

Yang sengsara  adalah ahli-ahli penyokong parti pembangkang seperti ahli-ahli DAP-PKR dan Amanah atau orang-orang yang tidak bergiat dalam kanca politik ini yang menanggung beban untuk membayar bil-bil lektrik saban bulan.

Kebagusannya kalau rakyat Malaysia menyertai UMNO banyak jaminan  yang ditanggung oleh para ahli-ahlinya pertama kalau mereka mati terjamin 100 peratus masuk syurga tanpa disoal oleh mungkar nangkir kedua menyertai UMNO jadi jutawan mendadak, ketiga beli barang-barang di kedai Rakyat boleh ambil bone.

Mereka menjadi ahli UMNO/BN setiap bulan di bagi beras National setiap seorang 50kg bayaran sekolah anak-anak mereka dari Darjah satu hingga ke tingkatan lima ditanggung oleh Wakil Rakyat UMNO/BN.

Kalau kita perhatikan setiap orang yang menjadi ahli UMNO/BN di Negara ini termasuk di kawasan Pedalaman di Sabah 98 peratus mendapat kemudahan dan bantuan setiap bulan RM1,000.00  setiap seorang untuk menampung kos penghidupan mereka.

Ayuh mari kita ramai-ramai serbu pejabat UMNO/BN kita masuk jadi ahli UMNO/BN supaya hidup kita terjamin bukan saja didunia bahkan di akhrirat juga masuk syurga.


No comments:

Post a Comment