LORI ANGKUT IKAN SARDIN LANGGAR TIANG LEKTRIK DAN TERBALIK

Thursday December 10.2015
OLEH: THOMAS SINGGIUK

RANAU:- Sebuah kargo mengangkut berdozen-dozen ikan sardine terbalik di jalan Kampung Nabutan dekat pecan Ranau kelmarin.
Seorang saksi yang menyaksikan insiden itu yang dikenali Tampurai Lungkiboh  seoarang penduduk berhampiran  memberi tahu punca kejadian itu pemandu lori tersebut coba menyelamatkan  diri di mana sebuah kereta Pacuan 4 Roda coba memotong dari arah depan.
“Apa lagi lori sudah terbalik barang-barang yang dimuat dalam lori itu habis bertaburan  selain ikan tin Sardin dan lada putih kami tidak lepaskan peluang ayuh…ayuh kawan mari ambil semua ikan tin sardine” kata Tampurai
Kata Tampurai lagi lori yang terbalik itu telah melanggar tiang elektrik dan tiang letrik berkenaan telah rebah (tumbang) di mana kable (wayar) lektrik turut menyembah bumi bahaya kalau terkena manusia.

“Pada mulanya pemandu termasuk attendan lori itu tidak membenarkan kami memungut tin sardine yang berselerak itu tapi kami ramai mungkin takut kami belasah pemandu dan attendan lori lantas dibiarkan begitu saja banyak juga kami ambil saya dapat 70 tin sardine cukup untuk makan 2 bulan” katanya
Bottom of Form


No comments:

Post a Comment