KETUA PEMUDA MCA BERI AMARAN JIKA PAS-UMNO JALINKAN KERJASAMA TAPI HUKUM HUDUT TIDAK TIMBUL



Sunday December 20 2015

SUDUT CORETAN MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI (sabahinsider14.blokspot.com


PERCATURAN politik antara UMNO dan PAS kini semakin mendapat perhatian di kalangan permerhati dan penyokong-penyokong pembangkang diseluruh tanah air bukan saja di Semenanjung bahkan termasuk Sabah dan Sarawak.

PAS adalah musuh ketat UMNO di kala pimpinan Datuk Nik Aziz soal kerjasama antara kedua parti memang ditimbul sama sekali kerana perjalanan politik antara PAS dan UMNO memang jauh berbaza tidak sehaluan itulah soal kerjasama sukar dicapai.

SETUJU KERJASAMA- UMNO-PAS tapi tidak perlu diwujudkan hukum hudud diperingkat persekutuan

Ekoran PAS sejak kebelakangan ini sudah hilang penyokong di kalangan Umat Islam 60 peratus sudah meninggalkan PAS di bawah pucuk pimpinan Abdul Hadi Awang maka PAS seakan-akan kehilangan arah tambahan lagi kini PAS bersendirian  dan tidak lagi menjadi anggota PAKATAN RAKYAT.

Terasa kebimbangan kini sentiasa menghantui para pemimpin PAS yang telah kehilangan sokongan mutlak di kalangan penyokong-penyokong yang terdiri daripada orang-orang Melayu kerana telah menubuhkan parti baru iaitu Parti Amanah Negara (PAN) yang telah bergabung dengan PKR dan DAP menamakan barisan PAKATAN HARAPAN.


Kepimpinan  PAS di bawah pimpinan Nik Aziz dahulu tidak sama dengan pimpiman AMANAH walaupun 90 peratus ahli-ahlinya adalah mantan ahli PAS mereka adalah  daripada golongan cendiakawan-Intelektual  daripada Universiti Al Azhar dan sebagainya yang menjurus dalam pengajian tinggi Islamiah tetapi daya pemikiran mereka terbuka luas dan tidak pemikiran  panatik atau pemikiran ekstrimis.

Oleh kerana PAS takut kalah pada PRU14 nanti kerana orang-orang Melayu Islam sendiri telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan Abdul Hadi Awang sudah tiada jalan lain melainkan mereka terpaksa menawarkan diri untuk bergabung dengan UMNO ini tujuan bagi meraihkan kemenangan  kerusi pada PRU14 nanti.

Ada satu lagi masalah akan timbul mahu kah UMNO mengwujudkan Hukum Hudud seperti yang telah dilakukan  di Kelantan puncanya pergeseran antara PAS dengan DAP adalah disebabkan Hukum Hudud sehingga PAS telah keluar daripada PAKATAN RAKYAT (PR)

Sekiranya kerjasama antara PAS dan UMNO tercapai membentuk kesatuan Ummah ada kah Hukum Hudud UMNO akan setuju kalau permintaan PAS Hudud mesti diwujdkan diperingkat Persekutuan.

Awal-awal lagi Ketua Pemuda MCA  Chong Sin Woon telah menentang hukum hudud tidak perlu diwujudkan diperingkat Persekutuan sekiranya kerjasama antara PAS dan UMNO berjaya ini  menampaknya  sudah ada amaran dari MCA.

Sementara mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata dia akan lihat sejauh mana pencapaian kerjasama antara PAS-UMNO boleh tercapai.

Syaratnya jika PAS benar-benar ikhlas mahu bergabung dan kerjasama dalam membentuk kerajaan campuran selepas PRU14 ini PAS terpaksa akur akan kehendak-kehendak para pemimpin UMNO dan juga kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang lain jangan bincang soal hukum hudud jangan wujudkan hukum hudud diperingkat persekutuan dan seterusnya menghampuskan Hukum Hudud yang sedia ada di Kelantan perlu ditamatkan segera sebelum PAS dan UMNO menandatangai apa-apa perjanjian mengenai system kerjamasa wujud.


Sementara PAKATAN HARAPAN yang terdiri daripada DAP-PKR dan AMANAH semakin hari semakin mantab sentiasa mendapat sokongan padu daripada golongan Cina-India Bumiputra dan juga Melayu sendiri dengan ini mempermudahkan PAKATAN AMANAH memenangi kerusi           pada PRU 14 nanti untuk membentukan kerajaan PAKATAN HARAPAN Insya Allah.

No comments:

Post a Comment