KEGIATAN PELACURAN DI KOTA KINABALU SEMAKIN BERTAMBAH


Sunday December 13.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KOTA KINABALU:- Kegiatan pelacuran di bandaraya Kota Kinabalu semakin hari semakin bertambah bilangannya yang membabitkan warga Cina PATI dan warga tempatan.

Dalam tinjauan wartawan media portal The Sabah Insider.net kebeberapa lokasi yang telah di kenali pasti hotel-hotel dan rumah-rumah penginapan iaitu di Kampung Air dan Sinsuran.

Walaupun kedudukan Pondok Polis,Rela dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tidak jauh dari jarak hotel-hotel tempat pelacuran bersarang di Kampung Air dan Sinsuran tetapi tiada operasi atau tangkapan buat untuk membanteras kegiatan pelacuran itu yang semakin meruncingkan.

Selain Kampung Air dan Sinsuran jadi tumpuan sarang maksiat khususnya pelacuran dikedua tempat ini juga sebagai kawasan paling berbahaya kepada orang-orang tempatan dan juga para pencalong kerana kerap berlakunya kegiatan peras ugut yang membabitkan rakyat asing.

Kebetulan saya pergi ke Ibu Pejabat Portal The Sabah Insider.Net di yang terletak di Bangunan CPS Centre Point Kota Kinabalu terserempak beberapa orang perempuan cina yang dipanggil Cina Doll sedang duduk di perhentian Bas untuk mencari pelanggan.

Kemudian dalam perjalanan saya menuju Kampung Air dan Sinsuran terserempak beberapa orang palacur sambil duduk nongkrong di bawah hotel untuk mencari pelanggan.

Diharap setelah tersiarnya berita ini diportal The Sabah Insider diharap pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dapat mengadakan operasi besar-besaran untuk membanteras kegiatan dan gejala pelacuran itu.