JABATAN HUTAN BIARKAN CEROBOH DAN PEMBALAKAN HARAM KG LOHAN RANAU

Thursday December 10.2015
OLEH: THOMAS SINGGIUK

RANAU:- Gara-gara kawasan tanah di ceroboh untuk pembalakan haram penduduk Kampung Lohan Ranau telah hilang sumber bekalan air bersih untuk keperluan harian. 
Menurut seorang penduduk kampung berkenaan  yang dikenali Isiah Heaven berkata mengenai pencerobohan dan pembalakan haram itu sudah lama di sedari oleh pihak kerajaan kerana banyak orang membuat laporan tetapi tiada tindakan langsung yang diambil terhadap penceroboh tanah itu sehingga kini telah timbul masalah sumber air.
Nampaknya Jabatan Hutan Sabah telah bersekongkol dengan penceroboh tanah dan pembalakan haram itu sehingga masalah kampung kini semakin hari semakin rumit.

Begitu juga Wakil Rakyat kawasan Ranau yang pernah dimaklumkan tentang pencerobohan tanah itu tiada apa-apa tindakan cuma berkata pandai-pandailah  kamu menguruskannya ini bukan hal ADUN.




No comments:

Post a Comment