CURI KARAN SPRM SIASAT KAKITANGAN SESB



Wednesday December 23.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

POTONG Jangan tak potong sambut secara haram


SANDAKAN:- Kurangnya bertanggunjawab pihak pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam kerja-kerja pemantauan  di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan ramai penduduk perkampungan setingga haram yang mencuri bekalan elektrik semakin hari semakin menjadi jadi.

Perkara kecurian karan di kalangan penduduk setinggan sebenarnya sudah lama berlaku dan ramai yang membuat laporan kepihak SESB tapi malangnya sehyingga kini tiada diambil tindakan.

Mengapa perkara yang merugikan SESB berjuta-juta ringgit akibat kegiatan mencuri bekalan elektrik secara percuma dibiarkan begitu saja macam ada komplot dan bersekongkol segelintir dengan para pencuri eletrik di satu-satu kawasan tertentu mungkin mereka dapat habuan  daripada penduduk setinggan yang terlibat dalam penyambungan haram itu.


Pekerja-pekerja SESB beri seribu alasan  kononnya amat sukar memotong wayar/kabel-kebel  yang digunakan untuk mendapatkan bekalan elektrik haram di beberapa kawasan setinggan itu ini memang sah mereka dapat bayaran bulanan daripada penduduk-penduduk terbabit.


Diharap pihak-pihak tertentu yang membaca berita ini tolong saluran ke pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya perkara ini dapat disiasat dengan terperinci jika dakwaan itu benar maka tindakan SPRM terhadap kakitangan SESB yang terlibat bersekongkol dengan pencuri-pencuri karan harus diambil tindakan segera dan sumbat mereka ke dalam penjara.

No comments:

Post a Comment