AWAS KALAU MEMILIH KAWAN JANGAN SAMPAI KAWAN MAKAN KAWAN


Tuesday December 15.2015

NUKILAN: NURLIYANA ABDULLAH


BIASAnya ramai kalangan kita hidupnya begitu dan begini kesan pengaruh kawan-kawan yang tidak henti-henti mengheret untuk melakukan sesuatu yang tidak baik atau perkara yang sia-sia.

Itu sebab kalau memilih kawan kena hati-hati  terutama mereka yang mudah sangat terpengaruh kesan hidup di kota yang bergemerlapan padahal penuh dengan kemungkaran dan kejahilan.

Hamka pernah berkata, kala kita berkumpul dengan yang tidak baik, lambat laun diri kita akan mudah terpengaruh, apa lagi yang hati dan niat mengutamakan
kehidupan yang bermewah-mewah di bandar.


Kemewahan di bandar yang kala malam bergemerlapan lampunya akan mudah memerangkap mereka yang asalnya di desa mudah terperangkap kesan mahukan kebendaan hidup mewahdan ramai diperhatikan semakin jauh melayang terbang tak ada haluan hidup.

Kata Hamka lagi, usahalah memilih kawan yang selalu mendekati Allah dan selalu memberikan kita kesedaran Illahi dan bukan sebaliknya.

Hidup ini bila kita menuju Illahi, akan selalu dikatakan yang bukan-bukan dan ini juga satu cabaran yang harus dihadapi dan untuk itu jangan peduli teruslah berjalan menjejak langit dan pasti kita akan selamat dunia dan akhirat yang bahagia.

Cakap pasal kawan memang ramai kawan ada yang kawan makan kawan ada yang kawan perosak kena berhati-hati kalau mencari kawan


No comments:

Post a Comment