20 PERKARA MANA SATU SAH DAN MANA SATU TIDAK SAH ..... KELIRU RAKYAT SABAH ...KATA MAXIMUS DAN SALLEH KERUAK

Saturday December 19.2015

SUDUT PANDANGAN EDITOR
SHAIMON S JUMADI (sabahinsider14.blogspot.com)

RAKYAT Sabah telah dikelirukan oleh orang  Ahli Parlimen Kota Merudu Datuk Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri  Tegana Teknoloji Hijau dan Air dan Datuk Salleh Said Keruak Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Menteri Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung 20 Perkara.

Dalam dua kenyataan yang tersiar diakhbar yang sama Harian Express mengenai 20 Perkara yang jadi isu hangat diperkatakan  yang diutarakan oleh Maximus yang bertajuk “20 Perkara  Sah Sampai Bila-Bila” Ongkili sementara kenyataan  Salleh Keruak bertajuk “20 Perkara Tidak Sah”Salleh.


Dalam mereka mempersoalkan 20 Perkara yang menjadi rumit dan mengelirukan rakyat Sabah di sini saya sebagai Wartawan portal The Sabah Insider.Net ingin  merungkai dan menguraikan serba sedikit akan  sebahagian kandungan 20 Perkara seperti yang telah termaktub dalam bab perlembagaan Persekutuan mengenai hal demikian  sila ikuti dan baca perlahan-lahan dengan cara ini saja dapat  membetulkan keadaan dalam menilai 20 Perkara masih sah atau sebaliknya.

TUNTUTAN 20 PERKARA


Tuntutan 20 Perkara Sabah Dan Kepentingan Kepada Sabah Dan Sarawak Tuntutan 20 Perkara Sabah merupakan memorandum MSCC yang diusulkan oleh USNO, UNKO United Parti, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation dan isinya adalah soal perlindunagan dan syarat-syarat Borneo Utara dan Sarawak menyertai Malaysia terutama dalam hal-hal kebebsan agama, bahasa-bahas lain (selain Melayu), migrasi dan kepentingan-kepentingan Bumiputeranya. Perkara satu - Agama Di dalam tuntutan 20 perkara disebut: " walau pun tidak ada banthan terhadap agama Islam menjadi agama rasmi Malaysia, tetapi tidak ada agama rasmi di Sabah dan Sarawk. Oleh itu, hendaklah diadakan jaminan untuk kebebsan agama."

 
Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menguruskan hal-hal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan bagi maksud-maksud agama dan memperolehi serta memegang dan mentadbir mengikut undang-undang.

Semua kebebasan di atas juga tidak membenarkan apa-apa prbuatan yang berlarutan dengan undang-undang atau mengenai ketaatan awam, kesihatan awam atau akhlak.

Bagi menjamin kebebasan agama ini terdapat undang Persekutuan yang memberi bantuan kewangan kepada Institusi Islam atau pekerjaan Islam, maka peruntukan yang seimbang juga diberikan kepada tujuan-tujuan kebajikan masyarajat di wilayah-wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.


Perkara dua- Bahasa ( Perkara 152 dalam perlembagaan) " bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahas Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahsa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan had tempohnya. ( 20 perkara-16) berdasarkan perkara ini, Bahasa Melayu hendaknya menjadi kebangsaan Persekutuan dan Bahas Inggeris terus digunkan untuk temph sepuluh tahun selepas hari Malaysia di Saah dan Sarawak. Sementara itu juga Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk semua tujuan baik di peringkat negeri mahu pun peringkat persekutuan. syarat ini, telah diterima oleh semua IGC dan telah pun mendapat tempat dalam perlembagaan dalam perkara 152.


 Syarat ini, dikemukakan kerana bahasa boleh digunakan sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbgai kaum dan pelbagai sukuan terutama di Sarawak dan Sabah.

Perkata tiga- Imigrasi " kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan Pusa tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri.


Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengahklang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan keraja Negeri kecuali atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan di Borneo Utara. (Hlm 30) imigrasi hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah digubal oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu, seperti permintaan masuk ke negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan.


Udang-undang ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri -negeri tersebut. Borneo Utara juga hendaklah mempunayi kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara, selain daripada yang bekerja dengan Persekutuan di Borneo Utara.


 Perkara ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar.


 Ini memberi keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat kemasukan orang-orang luar dn sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran kecuali yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.


 Perkara empat - Pelajaran " sistem pendidikanyang ada di Borneo Utara sejkarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri." Pelajaran sebenarnya hendaklah djadikan perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem pentadbiran pelajaran di Sabah dan Sarwak berdasarkanperkara ini dikekalkan sepertimana kemahuan kerajaan negeri-negeri terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju mengubahnya.


Dalam hal ini memberi peluang kepada kerajaan negeri menkaji perkara tersebut sebelum mengubahnya tau meminda sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak untuk kepentngan rakyatnya sendiri. Perkara lima - Perkhidmatan Awam " Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin"(hlm 41) tuntutan 20 perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru di Borneo Utara hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu.

Ini adalah bertujuan membuka peluang kepada Bumiputera dan mengelakkan bukan Bumiputera terutama kaum Cina daripada menguasai perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam pemdidikan berbanding penduduk tempatan . dalam perkara ini dinyatakan juga pelbagi hal yang menyentuh bidang perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan negeri-negeri, pinjaman-pinjaman pegawai-pegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja, penurunan pangkat kakitangan awam dan suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam.


Selain itu suruhanjaya perkhidmatan awam berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam di negeri-negeri Borneo, pegawai-pegawai yang ada termasuk pegawai-pegawai dagang dinaikkan pangkat untuk ditukarkan ke perkhidmatanPersekutuan, tetapi tidak boleh ditukarkan keluar dari wilayah-wilayah Borneo tanpa persetujuan mereka.


Perkara enam– Kerakyatan "saranan-saranan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam Persekutuan tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut: a) perenggan kecil (I) tidak harus mengandungi peruntukan menetapkan selama lima tahun. b) 


Demi menyelaraskan kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepuluh tahun" dan bukannya "lapan daripada dua belas tahun" c) Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa- seseorang yang lahir di Borneo Utara seleas Malaysia metilah menjadi warganegara Persekutuan. 

Halaman  52 Berdasarkan syarat kerakyatan yang dikemukan ini, tidaklah sewenang-wenangnya untuk menjadi warganegara Sabah dan Sarawak. Syarat ini juga dapat menghad sesiapa yang layak sahaja untuk menjadi warganegara kedua-dua negeri ini. Perkara tujuh- Dewan Undangan Persekutuan " ini hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga saiz dan pretasinya dan dalam apa keadaan tidak harus kurang daripada Singapura."


Dalam perkara pemilihan dewan Undangan Persekutuan pertimbngan bukan sahaja diberikan ke atas bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi dan prestasi negeri tersebut. Perlantikan juga tidak boleh kurang aripada Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis Undangan di Borneo hendaklah memilih 2 orang ahli Dewan Undangan Negara.


Sebagai tambahan, bilangan Dewan Undangan yang dilantik hendaklah ditambah 6 orang lagi kerana kemasukan Sarawak dan Sabah. Ahli-ahli baru yang dipilih dari Sabah ialah 16 orang dan Sarawak seramai 24 orang. (kerusi percantuman di antara Persekutuan dengan Singapura telah diperuntukan 15 kerusi untuk Sinagapuara) Perkara lapan- Perlembagaan Negeri-negeri. "ketua -ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota Majlis Perundangan tidak rasmi.


 Sistem Menteri yang sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo Utara," Berdasarkan perkara ini Ketua-ketua negeri Borneo yang pertama hendaklah dilantik oleh baginda Queen dan Paduka Baginda Dipertuan Agung sebelum hari Malaysia untuk bertugas selam dua tahun. Sistem Menteri yang sempurna juga hendaklah dilaksanakan di Borneo Utara.


Di Sarawak, ketua negeri telah dikenali sebagai Gabenor dab di Sabah sebagai Yang Dipertuan Negeri. Sementara masalah mengenai Perlembagaan Negeri dan Perlembagann Persekutuan akan ditentukan oleh Mahkamah. Perubahan-perubahan alin yang tertentu berkenan Perlembagaan Negeri Sabah sebagai Majlis tertinggi (Supereme Council) dan Majlis Undangan sebagai Council Negeri.


Perkara sembilan– Kuasa Membuat Undang Pembahagian kuasa persekutuan dan Negeri seperti tercatat dalam Jadual 9, perlembaggaan Malaysia: Senari 1: di bawah Kuasa Persekutuan Senarai 2: Di bawah Kuasa negeri. Senarai 2A: Tambhan kepada senarai negeri bagi negeri-negeri di Borneo Senarai 3: Di bawah kuasa bersama dan Senarai 3A: Tambahan kepada senarai bersama bagi negeri-negeri Borneo.



No comments:

Post a Comment