RAHIMAH RASMI PROGRAM DESA PERMAI 1 KAMPUNG 1 BELIA

Monday November 23.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI: Belia adalah benteng juga  merupakan harapan bangsa untuk menerajui kepimpinan dan juga pelapis kepada pemimpin Negara yang sedia ada ini.

Dari itu belia juga harus dibimbing dengan pelbagai kaedah sama ada fizikal,mentel dan kerohanian agar menerap dijiwa sanubari mereka tentang nilai-nilai murni dan jadi diri.
 
Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asra ketika berucap  merasmikan program Desa Permai 1 Kampung 1 Belia anjuran Majlis Belia Sabah dengan kerjasa ma Persatuan Belia Cenderamata NCR11 dan Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi  di sini kelmarin.

Kerajaan pada hari ini kata Rahimah memang menitikberatkan kaum belia untuk merebut  pelbagai peluang pekerjaan  pelbagai program untuk menaik taraf kehidupan belia di masa-masa akan datang.

“Dari itu sebagai belia yang mempunyai wawasan untuk memajukan  diri masing-masing   dan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam satu-satu bidang  maka belia digalakan untuk mengikuti apa jua kursus-kursus yang dianjuran oleh mana-mana pihak sama ada badan NGO mahupun juga pihak kerajaan sendiri” Ujar Rahimah.

Rahimah berkata selanjutnya penglibatan kaum belia mengambil bahagian dalam menyertai program Desa Permai 1 Kampung 1 Belia  ia bukan sahaja sekadar untuk merapatkan siratulrahim di kalangan belia setempat disamping mendapat sedikit ilmu apa yang telah ditunjuk ajar oleh jurulatih (tutor) dan ianya boleh dikongsikan bersama setelah kembalinya ketempat masing-masing.

Program yang diadakan sehari suntuk itu telah disertai lebih 30 orang belia-beliawanis yang datang dari pelbagai kampung khususnya di kawasan Batu Sapi.






No comments:

Post a Comment