PENYELEWENGAN SYARIKAT KONTRAK KENDALI STESEN HIDROELEKTRIK 18MW SABAH TANPA REKOD TERBONGKAR


Sunday November 29.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI &
ADMIN DAP

SANDAKAN:-  Satu penyelewengan terhadap sebuah syarikat yang didakwa misteri tanpa sebarang adanya rekod yang telah mendapat kontrak stesen hidroelektrik 180MW Sabah kini akhirnya terbongkar.

Syarikat tersebut yang memiliki syer sebanyak 60 peratus untuk mengendalikan stesen janakuasa tersebut kini didedahkan untuk pengetahuan rakyat jelata oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong dalam satu kenyataannya dengan portal online The Sabah Insider.Net malam tadi.


Dengan itu Wong mengutuk-kerasnya  sekeras tindakan mewujudkan stesen janakuasa bebas(IPP)ini, tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat Sabah.

Beliau juga bertanya kepada menteri Datuk Maximus, mengapakah membenarkan syarikat yang misteri ini mendapat kontrak tersebut? Apakah kelayakan syarikat tersebut? Stesen janakuasa merupakan infrastruktur asas yang memerlukan kepakaran teknikal, syarikat yang mengendali stesen janakuasa semestinya syarikat yang berpengalaman dan professional, tetapi mengapa menteri memberikan kontrak yang begitu besar kepada syarikat yang tidak jelas latar belakangnya?

Wong berkata demikian dalam sesi perbahasan bajet peringkat jawatankuasa. Beliau berkata, dalam projek stesen janakuasa ini, kerajaan negeri dan SESB harus memiliki syer 40% masing-masing dan mengendalikannya bersama, bukan melanjutkan mod IPP, kerana terdapat banyak IPP di Sabah tidak diuruskan dengan baik, mengakibatkan kerugian dan gangguan bekalan elektrik berlaku, menjejaskan kehidupan rakyat jelata, ini membuktikan syarikat sebegini gagal dan tidak berupaya untuk mengendali stesen janakuasa.

Menteri menjawab, ia diserahkan kepada syarikat swasta kerana kos akan ditanggung oleh syarikat berkenaan, tanpa memerlukan wang kerajaan, tetapi Wong membantah dan berkata, sebelum ini menteri pernah mengatakan bahawa kerajaan akan memberikan peruntukan untuk pembinaan, kini berubah lagi, kerajaan harus memberi penjelasan! Menteri tidak menjelaskan sebab syarikat tersebut dipilih, hanya menyatakan terdapat 6 syarikat tender dan syarikat tersebut telah berjaya.


Wong juga bertanya, adakah projek tersebut melibatkan pengambilan tanah rakyat? Sekiranya adalah tanah hutan simpanan, adakah laporan penilaian persekitaran telah dibuat? Kata Wong, kerajaan harus menjelaskan kepada semua rakyat, pastikan ini bukan projek kayakan kroni, dimana pihak kroni mengaut keuntungan banyak tetapi kualiti janakuasa dan perkhidmatan kurang memuaskan, sehingga mengalami kerugian dan gangguan bekalan elektrik berlaku, sama seperti IPP di Sandakan yang tidak diuruskan dengan baik dan telah berhenti, menyebabkan kawasan Sandakan sering mengalami gangguan elektrik.
Menurut menteri, syarikat berkenaan memiliki syer 60% , manakala kerajaan negeri dan SESB memiliki syer 20% masing-masing.

Wong mengkritik, IPP bukan sahaja tidak dapat menjalankan tugas janakuasa dengan baik, malah menyebabkan Sabah sering mengalami gangguan bekalan elektrik, banyak perjanjian yang tidak adil menyebabkan kerajaan negeri dan SESB harus memberikan jumlah peruntukan yang banyak kepada stesen janakuasa berkenaan, menyebabkan masalah bekalan elektrik Sabah semakin teruk, dan tariff elektrik semakin tinggi, kelemahan-kelemahan yang berlaku di sepanjang proses penghantaran dan penjanaan kuasa elektrik harus diperbaiki.

Wong berkata, negeri Sarawak tiada IPP dan tariff elektrik mereka adalah 40% lebih rendah berbanding dengan negeri Sabah. Stesen janakuasa Sarawak dimiliki oleh syarikat elektrik Sarawak SESCO, oleh itu penjanaan sehingga penghantaran bekalan elektrik dapat dikawal dengan baik, memastikan bekalan elektrik dan pengurusan kewangan dapat diuruskan dengan baik. Disebabkan tiada IPP, maka tariff elektrik lebih rendah dan sistem penghantaran elektrik lebih baik, Sabah harus mencontohi bahagian ini.

Kata beliau, Datuk Maximus selaku ahli Parlimen Kota Marudu, harus mengutamakan kepentingan Sabah, melindungi hak dan kepentingan rakyat dan memastikan rakyat dapat menikmati bekalan elektrik yang baik, bukanlah membiarkan IPP menelan semua keuntungan. Wong meminta menteri menyerahkan semua kontrak IPP kepada kerajaan negeri dan SESB, supaya bekalan elektrik Sabah dapat dipertingkatkan.

Selain itu, beliau juga bertanya tentang perkembangan stesen janakuasa Geotermal di Tawau. Projek stesen tersebut sepatutnya bermula pada tahun ini, tetapi sehingga kini masih tiada sebarang berita, dan pokok-pokok di kawasan perhutanan di sekitarnya telah ditebang, Wong meminta kerajaan menjelaskan perkara ini.

Akhirnya, memandangkan SESB akan mendapat peruntukan sebanyak RM328 juta dalam bajet 2016 dan peminjaman sebanyak RM178 juta, Wong minta kerajaan jelaskan kegunaan peruntukan tersebut, dan cara-cara mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik Sabah, serta rancangan kerajaan terhadap masalah bekalan elektrik di Sabah pada tahun depan.


Wong berharap SESB dapat memperbaiki masalah penghantaran elektrik di Sabah dan menstabilkan bekalan elektrik, serta menjamin tidak akan menaikkan tariff elektrik, membebankan rakyat

No comments:

Post a Comment