CADANGAN JPN TARIK BALIK IC PROJEK PATI DISAMBUT BAIK OLEH SEMUA PIHAK

OLEH: SHAIMON S JUMADI

CADANGAN pihak Jabatan Pendftaran Negara (JPN) Sabah yang bercadang sama ada menarik balik atau mengeluarkan semula Kad Pengenalan di negeri ini kepada orang-orang tertentu amat dialu-alukan.

Jika menjadi realiti cadangan itu untuk menarik balik kad pengenalan seperti yang diwar-warkan oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah Dato Ismail Ahmad, ini jelas sesiapa yang memegang kad pengenalan bernombor H030XXXX H042XXXX dan H053XXXX, mereka harus menyerahkan IC berkenaan kepada JPN kerana menurut sumbar-sumber yang boleh dipercayai nombor-nombor kad pengenalan yang dimaksudkan itu tiada dalam rekod JPN.


Sekiranya dikatakan tiada rekod dalam semakan JPN namun mereka telah layak menjadi mengundi malah menikmati kemudahan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan lain-lain bantuan. 

Bukan itu sahaja, ramai yang memegang kad pengenalan sedemikian didapati mendapat lesen Kontraktor (kecuali lesen PUKONSA) kerana sesiapa saja yang ingin memohon mendapatkan lesen PUKONSA mereka semestinya mempunyai Sijil Kelahiran baru layak memohon.

Lain-lain kemudahan seperti mendapatkan pinjaman bank, Permit teksi, permit bas, lesen perniagaan; mereka ini tidak kisah memiliki IC sedemikian rupa kerana boleh diguna pakai untuk mendapatkan semua kemudahan.

Akan tetapi, kalau seseorang yang memegang IC nombor yang disebutkan itu   hendak membuat pinjaman di MARA mereka terpaksa mengeluarkan Sijil Beranak walaupun mereka mempunyai mykad tetapi dalam mykad tersebut membubuh nombor IC lama antara H030XXXX H042XXXX dan H053XXXX, mereka tidak akan dilayan kecuali mereka mempunyai sijil beranak untuk mengesahkan bahawa seseorang itu di lahirkan di Sandakan sebagai contoh.
  
Apapun, kita kena tunggu kesudahannya sama ada cadangan ini memang bakal menjadi kenyataan atau sebaliknya dan semoga apa yang telah dicadangkan dan yang diwar-warkan oleh Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad itu mendapat sokongan padu daripada rakyat Sabah khususnya yang dilahirkan di negeri ini.