BEAUFORT DILANDA BANJIR BESAR

Thursday November 26.2015

OLEH: THOMAS SUNGGIUK

BEAUFORT:- Pendduduk di kawasan Beaufort dinasihatkan supaya siap siaga bagi menghadapi banjir besar yang kini melanda di beberapa kawasan rendah ekoran hujan lebat  yang tidak berhenti-henti sejak dua hari lalu..

Kata beberapa penduduk yang melaporon perkara ini  ke media portal The Sabah Insider pagi tadi dan  kini keadaan banjir di Beaufort dilaporkan bertambah buruk pagi ini dengan seramai 1,854 mangsa daripada 546 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan setakat jam 10 pagi tadi.


 Daripada jumlah itu, seramai 706 mangsa daripada 243 keluarga dipindahkan ke Dewan Baru Beaufort manakala selebihnya di Dewan Baru Membakut (404 mangsa daripada 130 keluarga), Dewan Kampung Suasa (175 mangsa daripada 15 keluarga) dan Dewan Kampung Kukut (165 mangsa daripada 43 keluarga).

Selebihnya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Beaufort (159 mangsa daripada 49 keluarga), Serambi Warisan Pekan Membakut (157 mangsa daripada 30 keluarga) dan SK St Patrick Membakut (110 mangsa daripada 36 keluarga).



 Sementara itu, di Tenom, Pegawai Daerah Madiyem Layapan berkata kira-kira 300 mangsa banjir yang dipindahkan di empat pusat pemindahan di daerah itu semalam sudah dibenarkan pulang jam 9 pagi tadi.






No comments:

Post a Comment