RAYMOND TAN DAN JAMES WONG GAGAL TANGANI MASALAH KEROSAKAN JALAN LORONG 6 DAN 7 OLD SLIPWAY

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SISTEM KUMBAHAN.......Wong sedang meninjau kerosakan jalan dan sistem kumbahan yang melempah ruah diatas jalan Lorong Bangunan Blok 6 dan 7 Old Slipway yang sekian lama diabaikan begitu saja



SANDAKAN:-  Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong mengutuk sekeras-kerasnya terhadap  sikap  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat yang juga selaku  Timbalan Ketua  Menteri Datuk  Seri Penglima Raymond Tan serta Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  Datuk James Wong  serta pihak kesihatan yang langsung tidak  prihatin atau bertanggungjawab keatas masalah kerosakan  jalan dan kesumbatan system kumbahan yang melempah ruah diatas jalan di lorong belakang bangunan antara blok 6 dan 7 Old Slipway Bandar Sandakan yang sekian lama sudah terabai begitu saja.



Dimana kah tanggungjawab  pihak MPS sebagai agensi pentadbiran kerajaan terhadap menjaga dan mengatasi segala permasalahan yang dihadap oleh rakyat.
                                                                   
Setelah menerima aduan daripada peniaga dan penduduk tempatan, Wong bersama dengan Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan DAP Sandakan Tsen Nyuk Kee meninjau ke lokasi berkenaan, dan mendapati masalah tersebut telah wujud selama beberapa tahun.


Beliau berpendapat bahawa pihak MPS sebagai kerajaan 
tempatan Sandakan, bertanggungjawab ke atas masalah kerosakan jalan dan kesumbatan sistem kumbahan yang telah wujud sekian lama dan tidak diperbaiki.


Pada pandangan beliau, Datuk Raymond Tan dan Presiden MPS Datuk James Wong juga wajib menjelaskan kepada rakyat Sandakan, mengapakah masalah yang begitu teruk di kawasan tersebut masih belum

diambil tindakan? Adakah Sandakan kini tidak mempunyai kerajaan tempatan? Apa sebabnya masalah tersebut tidak dapat diatasi?


Wong berkata, masalah sistem kumbahan di kawasan bandar Sandakan telah wujud sekian lama, hampir setiap bulan pun terdapat aduan mengenai masalah kesumbatan saluran kumbahan, Raymond Tan sebagai ADUN kawasan tersebut selama 20 tahun, mengapakah tidak dapat menangani masalah tersebut? Adakah beliau mengarahkan unit pembangunan kawasan Tanjung Papat agar mengambil berat terhadap masalah tersebut dan menghubungi pihak berkenaan untuk mengambil tindakan?

Wong mengkritik pihak MPS tidak mementingkan aduan rakyat, dan menolak tanggungjawab, menyebabkan rakyat tidak dapat menyampaikan aduan dengan sewajarnya. Beliau berkata, MPS bertanggungjawab untuk menyampaikan aduan yang diterima kepada pihak berkenaan, bukannya membiarkan sahaja.


Kata beliau, sebagai kerajaan tempatan, menangani aduan rakyat merupakan perkhidmatan asas. Rakyat membayar cukai pintu, oleh itu MPS wajib menangani masalah sistem kumbahan dan sampah-sarap di kawasan bandar. Tambahan pula, semua kakitangan MPS termasuk Presiden dibayar gaji oleh rakyat, oleh itu adalah wajib membantu rakyat menyelesaikan masalah.

\Wong juga mendedahkan terdapat peniaga menutup manhole dengan tong, di belakang kedai blok 7, untuk mengelakkan air kotor mengalir keluar dan menjejaskan perniagaan.

Walaubagaimanapun, Wong menggesa Raymond Tan dan Presiden MPS James Wong membantu rakyat Sandakan mengatasi masalah di bandar dengan sewajarnya.

Wong mendakwa tindakan pihak MPS membiarkan masalah itu benar-benar Bandar Sandakan telah tercemar oleh bau busuk yang menyelubungi masuk keruang premis perniagaan sehingga kerestoran-restoran berhampiran ini mengakibatkan merugikan para peniagaan kerana kurang pelanggan untuk makan dan mimun disamping akan mengundang pelbagai wabak penyakit.



No comments:

Post a Comment