PERPADUAN DI SEMENANJUNG DENGAN DI SABAH AMAT JAUH BERBEZA

DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI

SEMBANG-SEMBANG......dengan kawan-kawan suku Cina di restoran mamak


BERCAKAP soal  perpaduan kaum di Sabah dengan di Semenanjung amat jauh berbeza jika hendak dibandingkan di negeri ini.

Sebagai realitinya  dan contoh yang terdekat di Sabah walaupun terdapat ramai suku kaum 32 bangsa yang berlainan budaya dan perbezaan anutan agama tetapi soal menjalankan kehidupan tiada masalah boleh dikatakan di Sabah aman dan damai.

Contohnya suku Kadazan, Murut, Dusun, Sungai, Cina India dan suku-suku lain walaupun tidak berseagama tetapi mereka boleh duduk semeja untuk makan dan minum malahan orang Islam bebas masuk kerestoran milik cina.

Kalau di Semenanjung kalau orang Islam kedapatan memasuki kedai maka atau restoran cina mereka akan didenda antara RM2,000.00 hingga RM5,000.00 oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangur (JAIS)

Satu lagi perkara  di mana sebilangan besar orang-orang Semenanjung suka menghina  dan mencaci bangsa  dan agama lain berbanding di Sabah saling hormat menghormati  antara satu sama lain

Ini jelas di mana PERKASA yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali sering  mencari pasal kalau mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan dan pencacian kepada agama dan bangsa lain yang ada di negara ini.

Bukan itu saja malahan telah membakar bible yang menggunakan kalimah Alah tetapi walaupun telah mengguris isi hati para penganut Kristian pihak Polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap PERKASA  yang bertindak  ganas itu malahan dibiarkan begitu swahaja.

Di Sabah adalah sebuah negeri yang benar-benar penduduknya mengamal demokrasi  kalaupun perkara-perkara jenayah yang sering berlaku bukanlah berpunca atau tercetus daripada agama itu adalah soal perkara-perkara lain.

Lima bulan yang lalu  dimana pihak PIBG disebuah sekolah Mission sebahagian ahli jawatankuasanya coba  mencetuskan soal bangunan sekolah yang dipasang salib telah dipertikaikan dakwa mereka kalau sesebuah sekolah yang dipasang salib ia boleh mempengarui  minda murid-murid Islam memluk agama  Kristian.

Perkara ini telah tersebar meluas sehingga mendapat perhatian daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri, dalam masa yang sama pihak Jabatan Pelajaran telah membenarkan mana-mana sekolah Mission meletakan  salib cuma yang tidak boleh di pasang salib ialah sekolah penuh bantuan kerajaan.

Semoga perpaduan di Sabah untuk menghormati agama dan bangsa lain akan berkekalan selama-lamanya Insya Allah....Amin




No comments:

Post a Comment