PENTINGNYA MENGUASAI BAHASA ENGGERIS BAHASA GLOBAL..... KATA ZAKARIA

OLEH: AZMIE AZMAN


Gambar Kelihatan:- Zakaria (tengah) menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar di Majlis Graduasi 2015 SMK Gum Gum kelmarin


GUM-GUM:- .Ibubapa dan penjaga wajar memberi pendedahan awal kepada anak-anak mengenai pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata  ,penguasaan bahasa antarabangsa itu amat di tuntut msyarakat hari ini termasuk di institusi pengajian tinggi, pasaran pekerjan mahupun alam perniagaan

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Graduasi 2015 SMK Gum Gum di sini kelmarin.

Justeru itu, beliau mahu pelajar menguasai bukan sahaja dari segi pertuturan malah penulisan yang betul dalam bahasa berkenaan.

“Kerajaan telah mencadangkan untuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu lulus Bahasa Inggeris namun masih menangguhkan syarat berkenaan,”katanya lagi.

Beliau turut berkata disamping penguasan Bahasa Inggeris, ibubapa harus tidak lupa menekankan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

Pembelajaran Bahasa Arab secara tidak formal mampu mudahkan pelajar Islam menguasai mata pelajaran pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta komunikasi.

Sementara itu, Zakaria berkata kerajan banyak memberikan  bantuan kepada sekolah-sekolah di negara ini termasuk pengagihan buku teks , pendaftaran percuma, bantuan persekolahan dan sebagainya.

“Oleh itu masyarakat wajar merebut peluang pendidikan  yang telah disediakan kerajan untuk manfaat rakyat keseluruhannya, “ tambah beliau.

Turut hadir pada majlis ialah Pengetua Sekolah Mohd Khairul Anuar Abdullah,  Pemimpin Pembangunan  Masyarakat (PPM) DUN Gum Gum Kamal M. Said, para guru-guru, ahli-ahli PIBG Sekolah serta ibubapa pelajar.

Seramai 258 pelajar termasuk 104 pelajar SPM telah menerima anugerah kecemerlangan dan hadiah yang disampaikan oleh Zakaria.





No comments:

Post a Comment