PENDUDUK KG PPH KARAMUNTING UCAP TERIMA KASIH KEPADA MP BATU SAPI



Gambar Menunjukkan.....Linda (tengah) serta pegawainya dan penduduk Kampung PPH Karamunting


OLEH: LAWRENCE  T S LEE


BATU SAPI:- Penduduk Kampung PPH Karamunting menzahirkan rasa syukur kepada Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin yang menyampaikan bantuan bahan untuk membaiki rumah mereka.

Para penerima menyatakan demikian selepas menerima bantuan berbentuk zink, papan lapis dan tangki air dari Linda dalam satu majlis penyampaikan ringkas ketika beliau melawat kawasan berkenaan baru-baru ini.

Mereka berterima kasih kepada keprihatinan Linda serta Kerajaan dalam mengatasi masalah yang dihadapi penduduk di kawasan Batu Sapi.

Menurut Linda, bantuan itu diberikan kepada 82 buah rumah di Kampung PPH Karamunting dan berharap mereka akan menggunakan dengan sebaiknya bantuan yang diberikan kepada mereka oleh Kerajaan.

Hadir bersama semasa lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.




No comments:

Post a Comment