PEMILIK TANAH BATU 7 HINGGA BATU 9 TUNTUT 25% BAKI PAMPASAN BELUM DIJELASKAN SELAMA 10 TAHUN....DAKWA WONG

OLEH: AZMIE AZMAN

SANDAKAN:- Tanah yang terletak  di Batu 7 hingga Batu 9 Jalan Labuk seluas  3.2km yang telah digunakan untuk projek pelebaran jalan raya kini pemilik tanah tersebut     telah membuat tuntutan  pembayaran  keatas  baki pampasan.

Kini dikhabarkan bahawa   pemilik tanah tersebut masih belum menerima 25% baki bayaran pampasan walaupun projek tersebut telah tamat selama 10 tahun lalu.

 Ahli  Parlimen Sandakan  Stephen Wong yang prihatin dengan perkara ini, berjumpa dengan pihak syarikat jurukur di Kota Kinabalu pada 6 October bagi meminta penjelasan berhubung dengan isu pembayaran baki tersebut.

Dalam perbingan tersebut dimana pihak syarikat tersebut telah berjanji dengan Stephen Wong untuk menyerahkan laporan pengukuran kali ketiga kepada  Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

Wong berkata, projek jalan raya tersebut telah siap pada tahun 2005, kini telah 10 tahun lamanya  tetapi pemilik tanah masih belum dapat 25%  menerima baki pampasan tersebut.


Kata beliau, sebelum projek dijalankan, penghuni dan pemilik tanah di sepanjang jalan tersebut telah mendapat 75% pampasan tanah, baki sebanyak 25% sepatutnya dibayar selepas projek siap.

Wong menjelaskan lagi setelah menerima aduan daripada 5 orang pemilik tanah yang terlibat, beliau telah menghantar 3 pucuk surat kepada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah sejak 8 Mei tahun ini, menyoal dan menyusul masalah baki pampasan tersebut.

Kata Wong, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah membalas kepada syarikat jurukur jalan berkenaan pada 28 Mei, menggesa syarikat berkenaan menangani masalah tersebut, tetapi syarikat jurukur berkenaan tidak memberi sebarang balasan atau penjelasan.

Pada kali ini, Wong mengunjung ke syarikat jurukur tersebut, iaitu Jurukur Swasta Sdn Bhd, dan berjumpa dengan jurukur Terry Leong untuk menyusul perkara tersebut.

 Wong diberitahu bahawa sebelum ini syarikat tersebut telah mengemukakan laporan pengukuran kepada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah sebanyak 2 kali, tetapi telah ditolak atas sebab terdapat pembangunan yang baru, pelan pengukuran harus dibuat semula, dan ini melewatkan laporan pengukuran tersebut.

Wong berkata, jurukur tersebut juga telah berjanji untuk menyerahkan laporan pengukuran kali ketiga pada hari esok.

Dengan itu Wong tidak berpuas hati dengan pihak kerajaan yang lewat menangani masalah tersebut, tambahan pula sebahagian jalan tersebut telah rosak. Beliau menggesa Jabatan Tanah dan Ukur Sabah mengatasi masalah berkenaan dengan serta merta.

“Kerajaan belum menjelaskan pampasan tanah tersebut selama 10 tahun, sepatutnya membayar kadar faedah kepada pemilik tanah yang terlibat.” Tegas Wong.


No comments:

Post a Comment