PARTI AMANAH NEGARA (PAN) DAPAT SAMBUTAN DI BATU SAPI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BARISAN PEMIMPIN AMANAH.....kELIHATAN  Mat Sabu 3 dari kanan Puan Baby Annie Hj Hamza Hj Abdullah dan lain-llain pemimpin kanan PKR dan Amanah


BATU SAPI:- Sudah tiba masanya rakyat di kawasan Batu Sapi khususnya di Sabah  mengorak langkah maju kedepan untuk mengharungi  kehidupan yang lebih daripada hari ini di mana  rakyat semakin hari semakin susah dibelenggu kemiskinan rentetan  ekonomi yang tidak menentu.
 
Rakyat yang kaya bertambah kaya raya rakyat yang miskin bertambah papa kedana walaupun Perdana Menteri telah membentangkan Bajet 2016 dengan pelbagai janji telah ditaburkan untuk kesenangan rakyat akan tetapi belum tahu dalam  100  peratus segala janji barang kali yang 45 persen saja yang dapat dilaksanakan.


Kata Pengerusi Parti Amanah (PAN) Haji Hamzah Hj Abdullah ketika  berucap disesi majlis  Ceramah dan Dialog anjuran AMANAH yang diadakan di Kampung Bokara malam tadi menjelaskan rakyat yang hidup mewah hanya kroni-kroni wakil-wakil rakyat UMNO/BN  saja

“Saya mahu ahli-ahli diperingkat akar umbi  Amanah agar  sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan PKR dan DAP sebagai rakan seperjuang yang mempunyai  agenda dan ala tuju yang sama untuk menggulingkan kerajaan BN pada PRU14 nanti” kata Hamza.


Turut hadir pada sesi dialog dan ceramah tersebut Presiden Parti Amanah Nagara (PAN) Mohamad Sabu,  Dayang Zubaidah Datu Tahil wakil DAP Sandakan Puan Baba Annie  Alsali  PKR Kg Bokara dan lain-lain pemimpin kanan pakatan rakyat.








No comments:

Post a Comment