MP BATU SAPI LINDA SAMPAIKAN TANGKI AIR UNTUK MASJID KG BAMBANGAN

KELIHATAN:-Linda (dua dari kiri) menyampaikan tangki air kepada wakil masjid di Kampung Bambangan

OLEH: LAWRANCE S T CHONG


BATU SAPI:-  Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah menyampaikan sumbangan sebuah tangki air kepada masjid di Kampung Bambangan baru-baru ini.

Linda telah mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di kampung berkenaan.

Salah satu daripadanya ialah pengagihan tangki air kepada mereka untuk menampung air bagi kegunaan harian.

Menurut Linda, Kerajaan Barisan Nasional prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat dan sentiasa mencari penyelesaian untuk mengatasinya.

Pelbagai program pembangunan telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional demi kesejahteraan dan kepentingan rakyat jelata, katanya lagi.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi, Kong Nyuk Thou, dan pemimpin masyarakat yang lain.





No comments:

Post a Comment