LARIAN UNTUK KEAMAAN 2015 ANJURAN SOKA GAKKAI MALAYSIA (GGM) DAPAT SAMBUTAN

GAMBAR MENJUNKAN:- Kamal ( 4 dari kanan) bersama para tetamu lain ketika menyempurnakan perasmian “Larian Untuk Keamanan” 2015 anjuran SGM di Padang Bandaran Sandakan

OLEH: AZMIE AZMAN





GUM-GUM;-Larian Untuk Keamanan” 2015 anjuran Soka Gakkai Malaysia (SGM) yang diadakan di sini Ahad lepas mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah penyertaan mencecah lebih 1,000 orang.

Perasmian acara tersebut di Padang Bandaran Sandakan telah disempurnakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum Kamal M. Said yang mewakili ADUN Gum Gum merangkap Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris.

Hadir bersama dalam larian ialah Ketua Polis Daerah ACP Zabidi Md Zain, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz, AJK penganjur termasuk Harry Tong serta Kalan Khoo.


Peserta memulakan larian dengan menuju ke arah bandar dan Jalan Buli Sim-Sim, ke kawasan Taman Grandview , Sanny Estate, Astana Heights. Mereka kemudian meneruskan ke Jalan Istana menghampiri Sekolah Menengah Sung Siew, sebelum menuju ke Jalan Singapura dan kembali ke Padang Bandaran Sandakan.

Larian itu diadakan serentak dengan Kota Kinabalu.  SGM akan menganjur larian ini di 19 lokasi seluruh negara dalam bulan September ini dan mensasar seramai 100,000 peserta. Acara ini akan dilangsungkan di Lahad Datu, Tawau dan Keningau pada Sep 20.

“Larian Untuk Keamanan” merupakan acara tahunan anjuran SGM di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya hidup dalam dunia yang aman dan damai.






No comments:

Post a Comment