KENAPA IMIGERESEN,SPRM DAN POLIS TAK SIASAT WARGA PAKISTAN CEBURI PERNIAGAAN DI SABAH

COROTAN DARI HATI KEHATI
SHAIMON S JUMADI

 
SEJAK kebelakangan  ini ramai antaranya  warga tempatan sering membicarakan dan mempertikaikan soal bangsa Pakistan yang duduk di Sabah menggunakan passport mereka 80 peratus telah melibatkan dunia perniagaan secara besar-besaran sama ada dipekan-pekan dan Bandar-bandar utama semakin hari semakin berleluasa di memerata tempat.

Kalau difikirkan memang tidak ada lojiknya seorang warga asing yang masih memegang passport atau pass lawatan social mereka boleh terjerumus dalam dunia perniagaan seumpamanya.


Saya bercakap ini bukan sekadar mereka-reka atau main teka-tekaan atau ngomong sembarangan ramai antara mereka yang kini duduk di Sabah jelas selain mereka mempunyai passport mereka juga sekaligus mempunyai Mykad yang beralamatkan di Keningau, Tambunan, Kinabatangan, Beluran, Kundasang dan Ranau mungkin ada lagi menggunakan lain-lain daerah.

Bercakap tentang orang-orang Pakistan yang terang-terang terjerumus dalam dunia perniagaan seperti yang saya nyatakan diawal-awal tadi ini semuanya ada kompromi atau kerjasama daripada pihak majlis-majlis tempatan sendiri contohnya Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan Pejabat Daerah sendiri yang mengeluarkan lesen kepada Pakistan-Pakistan ini kalau tidak macam mana mereka boleh membuka perniaga ala gedung.
 
Kita sebagai warga tempatan bukan iri hati atau dengki tapi kalau mereka itu benar-benar  dilahirkan di Malaysia khususnya di Sabah apa bangsa saja tidak kira India Pakistan Bangladest kah  Nepal kah mereka sudah sebahagian daripada warganegera Malaysia sebab mereka dilahirkan di Negara ini ialah macam suku-suku bangsa lain yang ada dimuka bumi Sabah.

Dilahirkan di Pakistan di Kerachi  tetapi alamat lahir di Mykad Keningau ini sudah terang-terang menipu kerajaan Malaysia yang berdaulat, yang menghairankan pihak SPRM pihak Polis dan pihak Imigeresen tidak kah menyedari kebanjiran warga Pakistan di Sabah semakin hari semakin ramai jumlahnya  adakah mata mereka buta ada kah mereka tidak melihat betapa ramainya warga Pakistan yang berniaga di pusat-pusat Bandar tertentu.
 
Atau mereka sengaja membabi buta tuli walaupun mereka telah nampak main biar saja tunggu orang ramai membuat isu di media-media social.

Dalam hal ini sekurang-kurangnya pihak SPRM menyiasat bagaimana orang Pakistan boleh meniaga dari mana puncanya adakah mereka menyewa lesen guna nama orang lain atau mereka yang memohon sendiri menggunakan mykad.

Mereka hidup seperti ketam, kura-kura dan penyu hidup dua alam nanti bilamana  musim pilihanraya umum di Negara mereka mereka kembali ke Negara asal mereka bilamana di Malaysia pilihanraya umum mereka juga boleh mengundi.


PAKISTAN oh Pakistan kalaulah bangsa yang teristimewa hidup di Malaysia khususnya di Sabah selain boleh berniaga mereka juga boleh menawan gadis-gadis Kadazan, Dusun dan Murut di kawasan pedalaman untuk dijadikan pemaisuri.


Satu hari Sabah TYT atau Tuan Yang Terutamapun disandang orang-orang Pakistan jangan hairan ini tidak mustahil kata bahasa orang putihnya (nothing Impossible) 

No comments:

Post a Comment