JIKA MUHYIDDIN DISINGKIR DARIPADA UMNO DAN KELOMPOKNYA MUNGKIN MEREKA AKAN MENYERTAI AMANAH-PKR


OLEH: KAMARUL ZAMAN

SAH MENYERTAI PARTI PEMBANGKANG.....Jika penyingkiran Muhyiddin dan kelompoknya daripada UMNO mereka bakal menyertai AMANAH atau PKR?
PETALING JAYA:- Penyingkiran Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama   kelompok gunting dalam lipatan dalam UMNO  lantaran di mana Ketua UMNO Bahagian Sungei Besar Datuk Jamal Mohd Yunus dengan sendirinya telah mengesahkan memang wujud gerakan untuk menyingkir mereka pada masa terdekat ini akan menjadi reality.

Beliau tegas menyatakan lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya dari parti itu.

“Pendapat peribadi saya, Tan Sri Muhyiddin perlu dipecat dan sekarang kita (Umno) dalam usaha mengumpul senarai nama ketua bahagian untuk menyokong penyingkiran berkenaan.

“Kalau saya di tempat Perdana Menteri dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan setakat sebagai Timbalan Presiden Umno malah ahli Umno,” katanya kepada Sinar Harian.

menyifatkan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlalu berlemah-lembut dan tidak sampai hati telah menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu agresif menentang pentadbirannya.

Jamal bagaimanapun tidak menyangka gerakan senyap ketua Umno bahagian ini telah pecah kepada media.

“Saya sudah lama mendesak Muhyiddin untuk dipecat daripada kerajaan mahupun parti.
“Lihat sekarang gelagat beliau, sebab itu kita cuba kumpul sokongan untuk keluarkan Muhyiddin daripada parti dan posisi itu diganti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz hanya menyarankan agar pucuk pimpinan Umno mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin berdasarkan kepada tindak tanduk beliau sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, beberapa laman sosial telah diviralkan mengenai kempen ini yang dikatakan dilakukan melalui aplikasi Instagram.
Laman sosial Johor Bangkit, misalnya telah mendakwa terdapat 140 ketua bahagian bersetuju untuk melakukan tindakan menyingkir bekas Timbalan Perdana Menteri itu termasuk mendapat lima sokongan di Johor, sementara dua lagi tidak melayan kempen berkenaan.

Dalam kenyataan laman sosial itu turut mendakwa punca mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini terpaksa dibatalkan untuk membolehkan mereka mempunyai masa kumpulkan nama ketua-ketua bahagian yang lebih banyak bagi menjayakan komplot tersebut.

Sabah Insider dapat maklumat yang boleh dipercayai sekiranya penyingkiran Muhyiddin dan  kelompoknya menjadi reality kemungkin besar mereka akan menyertai parti pembangkang sama ada Amanah atau PKR.

Muhyiddin, Shafiee Abdal dan lain-lain yang menjadi mangsa penyingkiran itu kemudian mereka menyertai parti Amanah atau PKR sudah tentu ini akan memantabkan lagi perjuangan Harapan Pakatan iaitu  Amanah PKR dan DAP untuk PRU14 nanti.

Kata sumber itu seandainya Shafie Abdal menyertai PKR atau Amanah  bilamana pilihanraya umum PRU14 nanti semua kerusi ADUN dan Parlimen daripada kawasan DUN/Parlimeh  Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Tambisan bakal  menyaksikan disapu habis oleh parti-parti pembangkang yang bertnding nanti.






No comments:

Post a Comment