IMPIAN SABAH DAP CAPAI SASARAN BANTU PENDUDUK PEDALAMAN DALAM KESENGSARAAN

OLEH: MEDIA KHAS DAP

BARISAN PEMIMPIN IMPIAN SABAH DAP DIKETUAI STEPHEN WONG

PENDALAMAN:- Parti Tindakan Demokratik (DAP)  Sabah telah melawat ke kawasan pedalaman Keningau pada 5 Oktober 2015 dalam lawatan itu telah  mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan.

Dimana rombongan tersebut  Sabah telah meninjau ke 5 buah  kampung di Mukim Bunga Raya, dan berjumpa dengan kira-kira 200 penduduk kampung,  sambil itu memantau dan merasai masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh penduduk kampung.

Menurut ketua kampung, sejak penubuhan negara selama 52 tahun sehingga kini, kawasan mereka tidak dilengkapi dengan bekalan air, kini hanya bergantung kepada air hujan dan membeli air dari luar.

jika tiada hujan, kampung mereka akan mengalami masalah ketiadaan air atau kemarau dalam pada itu  Ketua kampung berkata, paip bawah tanah tidak dapat dipasang kerana kekurangan sumber, 3 ribu lebih penduduk dari 5 buah kampung ini hidup dalam kesusahan selama ini.

Lawatan tersebut diketuai oleh penyelaras Impian Sabah merangkap Timbalan Pengerusi DAP Sabah  Stephen Wong juga merangkap Ahli Parlien Sandakan  turut hadir termasuk Naib Pengerusi DAP Sabah merangkap ADUN Sri Tanjong YB Chan Foong Hin, Bendahari DAP Sabah Tan Lee Fatt, pengarah pendidikan politik DAP Sabah Ginger Phoong, AJK Fung Thien Yein, Robert Penggai dan pemimpin DAP Keningau Peter Saili.

Impian Malaysia yang diketuai oleh Setiausaha Publisiti DAP merangkap MP Petaling Jaya Utara YB Tony Pua, telah berjaya  mengumpul derma melalui majlis malam pengumpulan dana dan aktiviti derma melalui Internet.

 Dalam aktiviti derma melalui Internet sempena hari jadi 43 tahun beliau baru-baru ini, telah berjaya mengumpul dana melebihi RM1.6 juta, digunakan untuk projek pembangunan infrastruktur bersekala kecil di Sabah dan Sarawak.
Wong berasa amat sedih dan tidak berpuas hati apabila mengetahui penduduk kampung tersebut mengalami kesengsaraan ketiadaan bekalan  air disaluran oleh  kerajaan BN mengeksploitasi dan meminggirkan penduduk kampung tersebut selama setengah abad, ini amat tidak adil.

Ini kerana air merupakan keperluan asas, dan juga tanggungjawab asas kerajaan, tetapi kerajaan gagal membekalkan air kepada rakyat, ini menunjukkan kerajaan lalai dan tidak berkebolehan dalam mengatasasi segala masalah rakyat.

“Tambahan pula, dalam abad ke 21 ini, masih terdapat banyak kampung yang tidak dibekalkan air, ini tidak patut berlaku, dan kerajaan ini masih melaung untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.”

Beliau juga mengutuk keras ahli parlimen Keningau merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph  Pairin  Kitingan yang selaku Menteri Pembangunan Infrastruktur, setelah bertahun-tahun menjadi wakil rakyat, masih tidak dapat membela nasib penduduk kampung dan gagal membekalkan air kepada pengundi beliau, ini amat gagal sekali! Tambahan pula, bekalan air merupakan hak kuasa kerajaan negeri, setiap tahun diberikan peruntukan melebihi 1/5 daripada seluruh bajet negeri, iaitu sebanyak berbilion-bilion ringgit, namun penduduk kawasan pedalaman tidak disambungkan dengan sumber air yang paling asas, ini menunjukkan kerajaan tidak melaksanakan tugas dan peranannya dengan baik selama ini. 

Wong berkata, konsep dan prinsip DAP adalah kesaksamaan dan kesatuan masyarakat, walaupun parti pembangkang tiada sumber yang banyak seperti kerajaan, tetapi melalui sokongan dan semangat tolong-menolong antara rakyat, dermaan daripada rakyat dapat membantu untuk memasang paip air bawah tanah untuk kampung berkenaan.

Penyelaras Program Impian Sabah YB Stephen Wong akan mengatur para sukarelawan program tersebut untuk memantau ke kampung berkenaan dan membuat perancangan projek pemasangan paip air, setelah pengiraan jumlah bajet dan perancangan disiapkan, maka keputusan selanjutnya akan dibuat. Beliau berjanji kepada penduduk kampung bahawa akan mempercepatkan proses tersebut, supaya penduduk kampung mendapat bantuan yang sewajarnya seawal yang mungkin. Wong juga berkata akan mengkritik Pairin yang lalai melaksanakan tugas dalam sesi persidangan parlimen ini.

Selain itu, ADUN Sri Tanjong YB Chan Foong Hin juga berkata, DAP memberi bantuan tanpa mengira warna kulit, kaum, tempat atau agama, melaksanakan kesaksamaan supaya setiap orang mendapat kehidupan yang baik dan bermaruah. Kesaksamaan bermaksud setiap orang dapat menikmati kemudahan asas, tidak kira di bandar atau kampung, semenanjung atau Sabah Sarawak, orang Cina atau Kadazan, semuanya mendapat layanan yang sama rata, inilah prinsip dan semangat DAP.


No comments:

Post a Comment