DATO KEMELIIA HASSAN TAK LAMA LAGI JADI PENGERUSI AHLI LEMBAGA SABAH INSIDER

DARI HATI KEHATI
SHAIMON S JUMADI

SUDAH tiba masanya Portal Online Sabah Insider.Net yang  baru berumur setahun 4 bulan ini bertapak di Sabah yang merupakan sebuah wadah masyarakat setempat bagi meluahkan isi hati dan mengetengahkan  segala komen-komen yang tersirat dan yang tersurat  dipaparkan untuk pengetahuan umum  seharusnya mempunyai seorang pengerusi ahli lembaga.

Pada mulanya nama seorang wanita yang merupakan ahli pernigaan dan juga seorang aktivis masyarakat di negeri ini iaitu Dato Seri Peduka Kemellia Hassan  yang layak jadi pengerusi ahli lembaga kepada Sabah Insider.Net tetapi tidak mendapat respond daripada pihak CEO dan pihak management sebab ramai lagi nama-nama yang telah tersenarai sebagai calon pengerusi.

Malam kelmarin saya terkejut apabila CEO Sabah Insider iaitu Jun Pacifico menghubungi saya kira-kira jam 10.00 malam dan memberi tahu bahawa mereka baru selesai mengadakan mesyuarat tertutup dengan ahli-ahli lembaga yang lain dan pihak Jawatankuasa Ahli Lembaga telah memutuskan bahawa dalam perbincangan tersebut telah  memilih Dato Kemellia Hassan untuk dicalonkan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Sabah Insider.

Tarikh berkuatkuasa belum dipastikan  ini lagipun menurut Jun (CEO) pihaknya belum menghubungi kepada Dato Kemellia buat setakat ini.

Saya selaku Pengarang Kanan Sabah Insider Wilayah Pantai Timur mengharakan Dato Kemellia agar dapat menerima tawaran untuk menjadi pengerusi ahli lembaga untuk mengaggotai Sabah Insider yang semakin hari semakin mendapat tempat dihati para pembaca media portal bukan saja di Sabah, Sarawak mahupun diseluruh Semenanjung bahkan di Singapura, Brunei dan termasuk Indonesia.

Apapun semoga menjadi reality atas pelantikan Datok Kemellia itu nanti dapat memulakan tugas baru yang penuh mencabar itu Insya Allah…Amin




No comments:

Post a Comment