BALAN-BALAN DENGAN PENANGGALAN ADA SEDIKIT PERBEZAANNYA

OLEH: SHAIMON S JUMADI


TUGAS UTAMA.....Penanggalan suka mencari wanita hendak bersalin


BERBICARA tentang kewujudan  Bal-balan (balan-balan) dengan Penanggalan terdapat sedikit perbezaan bal-balan kalau terbang dia menggunakan seluruh anggota badannya sementara Penanggalan kalau terbang ianya kepalanya tercabut (copot) daripada badannya dengan  anak-anak perutnya  sekali.

Saya ingin menarik perhatian di Sandakan dulu dan sekarang masih ramai orang jadi bal-balan atau penanggalan di Sungei Batang  pada tahun 1950an hinggg 1960 an kampung Pangpang yang terletak di Batu 10 Jalan Sungei Batang  sebelum dikenali kampung Pangpang nama asalnya ialah kampung bal-balan.




BEGINI WAJAH.....Penanggalan 


Kenapa ia disebut kampung Bal-balan sebabnya kampung itu merupakan kubu dan sarang bal-balan atau penanggalan sebilangan besar 80 peratus penduduknya ramai bangsa Kagayan.

Mungkin ramai yang sudah mati mungkin tiada yang mahu  mewarisi ilmu bal-balan itu kini kampung Pangpang tidak lagi kedengaran wujudnya bal-balan atau penanggalan.

Untuk makluman anda sekelian Kampung Sungai Korek bersebelahan dengan Batu Putih di  dikabarkan bal-balan atau penanggalan dikedua-dua kampung tersebut semakin banyak kewujudan makluk itu.

Penanggalan ataupun bal-balan itu suka mengganggu manusia sesiapa yang pernah pergi ke Batu Putih disebelah malam harus berhati-hati jangan cakap sembarangan sebut nama bal-balan dia akan menyerang.

Lazimnya makluk ini suka menyamar kalau didepan rumah tiba-tiba ada daun pisang  ambil parang tetak sekali sahaja jangan tetak dua kali kalau menetak dua kali maka jadilah.

Kadangkalanya dia menyamar sebagai bidan mengintai orang bersalin (beranak) menyamar jadi kucing atau anjing, tugas bal-balan atau penanggalan ia suka pada mayat orang mati, makan tembuni orang baru bersalin.




BALAN-BALAN...Wajah Sebenarnya



BEGINILAH RUMAH .....orang yang mempunyai ilmu balan-balan atau prnanggal tingkap dipujuru  rumah sentiasa terbuka

Biasanya penanggalan atau bal-balan kalau mahu keluar rumah sekurang-kurangnya jam 10.00 malam dan balik kerumah sebelum azan subuh.

Kita pastikan kalau seseorang itu ada ilmu penanggalan atau bal-balan lihat sahaja bentuk rumahnya dipenjuru atas rumahnya ada tingkap sentiasa terbuka untuk memudahkan dia keluar melalui lubang tingkap itu.


Cerita bal-balan atau penanggalan bukanya direka-reka cerita makluk ini memang kini masih wujud di Kg Batu Putih  Sandakan, sebut saja bal-balan semua orang naik bulu romahnya.

Kita sambung cerita balan-balan atau penanggalan  nanti.